Sunday 3 April 2016

Set rawatan ibu berpantang

Penyediaan keperluan ibu lepas bersalin dalam pantang memang amat penting. Sebenarnya keperluan itu tidak boleh dipandang mudah kerana ia melibatkan kesihatan ibu dan bayi yang baru dilahirkan.

Diperhatikan keluarga yang baru dapat bayi biasanya sibuk menyedia atau beri perhatian kepada bayi dari segi menyediakan pelbagai kelengkapan bayi, bahkan telah disediakan beberapa bulan sebelum itu.

Selepas bayi dilahirkan pula ada-ada saja barang atau keperluan bayi dibelikan.  Sanak saudara juga begitu bermurah hati memberi hadiah kepada bayi. 

Tetapi, apa pula disediakan untuk ibu baru lepas bersalin? Adakah disediakan senarai semak keperluan ibu bersalin? Apa persiapan untuk tempoh berpantang? Berapa banyak peruntukan wang untuk belanja keperluan selepas bersalin?

Banyak orang lupa tentang itu. Ibu lepas bersalin amat penting melakukan persiapan dan amalan yang perlu. Proses mengandung dan melahirkan anak bukan perkara mudah. Banyak tenaga, emosi dan perubahan diri berlaku dalam tempoh itu.

Justeru, ibu baru lepas bersalin perlu perlu melakukan 'revolusi' untuk kembali sihat dan bertenaga, selain mengembalikan kekuatan fizikal dan mental.

Masyarakat dulu amat mementingkan pantang dan penggunaan herba untuk memulihkan kesihatan ibu lepas bersalin. Mereka sanggup mengelak makan makanan tertentu.

Biasanya hidangan ibu lepas bersalin hanyalah ikan kering selain pelbagai herba dan ulam-ulaman yang tidak menyelerakan. Namun segala itu dilalui demi untuk kesihatan dan kembali keadaan sebelum mengandung dan bersalin.

Segala amalan tradisi itu kini semakin ditinggalkan. Ini kerana keperluan ibu lepas bersalin dari segi herba dan lain-lain telah disediakan secara 'lengkap' secara moden.

Set ibu bersalin kini banyak dikeluarkan secara komersal. Lebih mudah dan menepati keperluan untuk ibu baru bersalin. 

Janganlah kedekut atau berkira sangat untuk membelanjakan sejumlah wang untuk set ibu bersalin. Ia bukan saja membantu atau memberi kebaikan kepada ibu, tetapi juga anak yang baru dilahirkan, terutama untuk pengeluaran susu yang banyak. 

Ibu yang sihat dan bertenaga lebih mudah memberi perhatian kepada bayinya. 

Khasiat kurma membekalkan tenaga

Kurma dikenali sebagai buah universal yang sesuai dimakan oleh semua peringkat umur dan bila-bila masa. Kurma kaya dengan nutrisi yang baik untuk tubuh, malah ia mengandungi lebih banyak kalori dan karbohidrat.

Ia juga mengandungi vitamin, mineral dan serat serta antioksidan yang dapat menjauhkan anda daripada pelbagai penyakit berbahaya.

Sebab itu, amalan makan kurma perlu dilakukan sepanjang tahun dan bukannya hanya ketika berbuka puasa sahaja.

Seperti mana juga buah-buahan lain, kurma mempunyai banyak jenis.

Antara jenis kurma yang terkenal ialah kurma mariami.

Buah kurma maryami juga dikenali kurma piarom atau kurma coklat. Kurma mariami salah satu jenis kurma semi-kering yang paling lazat dan kaya khasiat.

Kurma mariami mempunyai rasa dan rupa yang unik dan dianggap kurma terbaik kerana pengeluaran mereka ekslusif di Hajiabad, Iran dalam persekitaran organik dan bersih.

Kurma mariami adalah kurma panjang, kurus, berbentuk bujur, dengan kulit nipis dan berwarna hampir hitam. 

Kurma maryami dapat disimpan selama 18 bulan. 

Kurma mariami mengandungi nutrien penting seperti vitamin (A, B, C dan E), mineral, zat besi, potasium, magnesium, mangan, protein, serat, karbohidrat dan gula ringkas. 

Sumber serat yang besar, menggalakkan kesihatan pencernaan, dan juga telah didapati mampu membantu mencegah kanser tertentu seperti kanser kolon dan kanser perut. 

Kadar potasium yang tinggi dapat membantu menjaga tekanan darah yang sihat dan kadar magnesium yang tinggi bermanfaat untuk otot dan saraf. Kurma maryami sangat baik untuk lelaki. 

Mengikut hasil kajian ahli sains Mesir pula, khasiat kurma terbukti membantu memanaskan badan, mencergaskan otak dan tubuh badan, mencergaskan minda serta membantu tumbesaran kanak-kanak.

Ia juga membantu melicinkan perjalanan darah, menghindari penyakit barah, merawat buah pinggang, mencuci hati dan membantu mengurangkan pengaliran darah semasa kelahiran.

Rasulullah SAW gemar makan kurma atau mengutamakan memakan kurma berbandinga makanan lain.

Hadis riwayat Ahmad bermaksud: "Rasulullah SAW berbuka puasa dengan beberapa biji buah kurma sebelum sembahyang. Sekiranya tiada terpadat kurma, maka Baginda Rasulullah akan berbuka dengan beberapa biji anggur. Sekiranya tiada anggur, maka Baginda meminum beberapa teguk air."

Dari Ibnu Qayyim dalam Tib An Nabawi, Nabi SAW berkata: "Kurma dapat menguatkan perut, hati, ingatan, untuk mengembangkan pembangunan badan, menyembuhkan penyakit dan bertindak sebagai makanan dan minuman."

Kurma sarat dengan serat yang tinggi, gula semulajadi, vitamin (A, B-Kompleks, dan lain-lain), asid amino dan mineral (kalium, kalsium, magnesium, dan lain-lain) yang diperlukan untuk mengekalkan kesihatan dan prestasi puncak kedua-dua minda serta badan.

Satu kajian mendapati, khasiat kurma dapat menolong mencengkam rahim sewaktu proses kelahiran, memperkukuhkan lagi urat-urat rahim pada bulan-bulan terakhir kehamilan dan membantu memudahkan proses kelahiran bayi.

Khasiat kurma juga dapat mengurangkan tumpah darah, menguatkan organ rahim serta berkesan meredakan tekanan darah tinggi.

Dapatan kajian juga menyatakan kurma membantu mencegah daripada sembelit, lemah otot, sengal-sengal badan, lesu dan barah usus besar, merangsangkan selera makan, menguatkan ingatan dan melawaskan.

Di samping itu, kurma dapat menambahkan tenaga seksual.

Mengikut hasil kajian Ahli Sains Mesir telah terbukti khasiat kurma dalam membantu memanaskan badan, mencergaskan otak dan tubuh badan serta mencergaskan minda dan membantu tumbesaran kanak-kanak.

Ia juga membantu melicinkan perjalanan darah dan menghindari dari penyakit barah, merawat buah pinggang dan mencuci hati, dan membantu mengurangkan pengaliran darah semasa kelahiran.

Manakala sudut sains pula mengatakan, kandungan protein di dalam kurma adalah lebih kurang 2.5%, serat 8.0% manakala kandungan gulanya pula adalah sangat tinggi, yakni sehingga 63%, majoritinya adalah glukosa. 

Lemak yang terkandung di dalamnya pula adalah sangat sedikit iaitu sekitar 0.4% sahaja. Kurma juga terkenal dalam dunia perubatan tradisional memandangkan ia juga kaya denga zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potassium, vitamin A, C dan niasin.

Pengambilan kurma sebanyak 65 gram atau lima biji sehari akan membekalkan 40mg kalium yang boleh mengurangkan 40% risiko serangan penyakit strok.

Kandungan kalium ini membantu menurunkan tekanan darah dan membekalkan tenaga untuk mencegah strok secara langsung.

Khasiat kurma:
- Membekalkan tenaga.
- Menurunkan tekanan darah.
- Mencegah angin ahmar.
- Melancarkan perjalanan darah.
- Mencerdaskan minda.
- Menguatkan urat rahim semasa proses kelahiran.
- Membantu memudahkan kelahiran bayi.
- Menghindar penyakit barah.
- Membantu proses penghadaman.
- Mencegah lemah otot.
- Mengurangkan sengal-sengal badan,
- Mencegah barah urus.
- Menambahkan tenaga seksual.
- Membantu proses tumbesaran.
- Menurunkan paras kolestrol dalam darah.
- Meningkatkan kesihatan jantung.
- Antivirus.
- Mengawal paras gula.
- Menguatkan tulang dan gigi.
- Antioksidan.
- Mencegah keradangan.

Tepati janji tanda beriman



Setiap hari kita tidak terlepas daripada mengucapkan perkataan bermaksud janji.  Fikirkan betapa banyak kita berjanji setiap hari dengan mengucapkan perkataan-perkataan yang membawa maksud berjanji seperti saya akan, lain kali, lepas ini dan seumpamanya.

Semua janji perlu dianggap penting dalam kehidupan kita.  Menepati janji adalah sendi kehidupan Muslim yang menjadi tanda kepada keimanan. 

Oleh itu, jangan mudah mengucapkan janji jika difikirkan tidak mampu ditepati.  Allah memerintahkan agar setiap orang beriman menyempurnakan janji yang dibuat.  

Firman Allah bermaksud: “Wahai orang yang beriman!  Sempurnakan janji-janjimu.” (Surah al-Maidah, ayat 1).

Menepati janji adalah sifat terpuji yang harus dilakukan setiap Muslim sepertimana diamalkan di kalangan para rasul.  Kekuatan peribadi para rasul dalam menepati janji disebut dalam al-Quran, sebagai bukti kenabian seseorang nabi. 

Firman Allah bermaksud: “Sesungguhnya dia (Nabi Ismail) adalah benar menepati janji, dan adalah dia seorang rasul lagi berpangkat nabi.” (Surah Maryam, ayat 54).

Diriwayatkan, Nabi Ismail telah berjanji menemui seseorang pada suatu tempat yang ditentukan.  Malangnya orang yang berjanji itu tidak datang.  Nabi Ismail terus sabar menanti orang itu selama 22 hari lamanya.  Tindakan Nabi Ismail adalah berdasarkan kemungkinan orang itu terlupa dan mungkin akan datang pada hari berikutnya apabila mengingati mengenai janji itu.

Setiap janji untuk melakukan kebaikan wajib ditepati dengan sedaya usaha.  Bagaimanapun, janji melakukan perbuatan dosa tidak wajib ditepati, bahkan haram ditepati.  Janji melakukan dosa tidak termasuk dalam maksud janji yang disuruh dilaksanakan.  Bahkan, janji melakukan keburukan adalah ditegah sama sekali.

Menepati janji menjadi amalan dalam masyarakat yang mementingkan suasana hidup yang harmoni, sejahtera dan beretika.  Masyarakat yang bertamadun dan maju mengutamakan konsep menepati janji.   

Sesungguhnya, apabila membuat janji, bermakna telah terbentuk satu tanggungjawab melaksanakannya.  Tanggungjawab adalah amanah.  Sesiapa tidak melaksanakan amanah dipanggil pecah amanah.  Individu yang mementingkan harga diri sudah tentu tidak mahu dirinya dikenali sebagai tidak amanah. 

Orang yang tidak amanah tidak akan dipercayai untuk diserahkan tugas yang penting.  Hal ini sudah tentu merugikan diri sendiri.  Sekali identiti tidak amanah terlekat pada diri, sukarlah untuk dibuang daripada ingatan orang lain.  

Sikap tidak amanah, tidak menepati janji dan bercakap bohong mempunyai kaitan rapat.   Tidak keterlaluan jika dikatakan orang tidak amanah layak dipanggil pencuri, seperti kata pepatah, senohong gelama ikan duri, bercakap bohong lama-lama jadi pencuri.

Manfaat utama khasiat minyak sacha inchi

Antara kebaikan khasiat minyak sacha inchi ialah membantu dalam pembentukkan sistem otot, membantu elakkan masalah kardiovaskular, menurunkan tekanan darah tinggi dan kurangkan serangan jantung.

Pokok sacha inchi (plukenetia volubilis) merupakan sejenis tanaman kekacang. Tumbuhan ini dikatakan berasal dari negara Peru juga dipanggil sebagai 'sacha peanut', 'inca peanut', 'mountain peanut' dan 'sacha inci'.

Nilai khasiat ini telah lama digunakan oleh orang Inca di Peru dan juga penduduk kawasan Amazon sejak lama dahulu sebagai sumber protien tumbuhan yang didakwa terbaik di dunia.

Kebaikan mengamalkan minyak sacha inchi:
- Mencegah dan melawan sel-sel kanser
- Mengurangi risiko serangan jantung
- Menurunkan kolesterol secara semula jadi
-.Menstabilkan tekanan darah
- Mengurangi risiko strok
- Menurunkan risiko diabetes
- Mengawal kadar gula darah
- Memperlambat penuaan wajah
- Mempertahankan kekenyalan kulit
- Mengatasi masalah pencernaan
- Memperlancar buang air besar
- Mengurangi rasa sakit dan peradangan di seluruh tubuh
- Membantu menurunkan berat badan
- Menguatkan ingatan
- Membantu perkembangan fungsi otak
- Mengurangi gejala menopouse
- Memperbaiki metabolisme tubuh
- Meningkatkan pembakaran lemak
- Mencegah dan membantu memulihkan depresi
- Bermanfaat untuk radang sendi
- Meningkatkan penglihatan
- Meningkatkan kesuburan
- Memperkuat sistem kekebalan tubuh
- Membantu mencegah pelbagai penyakit.

Hebatnya khasiat halba

 
Manfaat kebaikan khasiat herba halba atau fenugreek telah digunakan untuk kesihatan sejak zaman kuno. Kegunaan halba antara lain mengaktifkan organ pembiakan. Amalan tabib China menggunakan halba merawat mati pucuk.

Halba antara ubatan tertua di dunia dan digunakan oleh Al-Abqirad (Hippocrates) iaitu bapa perubatan Yunani. 

Untuk memaksimakan penggunaan halba bagi tujuan perubatan, ia boleh dijadikan sebagai teh, yakni halba dipanaskan di dalam air dan diminum. Minum air rebusan halba dan biji halba yang telah lembut itu.

Halba juga boleh dimakan 'mentah' atau dimakan terus, tetapi sedikit keras. Halba juga boleh digoreng tanpa minyak dan disimpan untuk digunakan sedikit-sedikit dengan dicampur air panas.

Memang amat baik diamalkan pengambilan halba setiap hari atau pada masa-masa lain. Harga halba dikira agak murah dan mudah disimpan. Boleh digunakan untuk pelbagai menu masakan dan dijadikan perisa minuman.

Halba kaya dengan serat, protin, karbohidrat, zat besi, mangan dan magnesium. 

Antara manfaat mengamalkan halba ialah:
- Melancarkan haid.
- Menghilangkan kembung, sebu dan senak.
- Pencuci perut.
- Menguatkan jantung.
- Menghilangkan lender tekak.
- Melegakan sakit kepala.
- Membuang angin.
- Menyembuhkan buasir.
- Senggugut.
- Merangsang rahim.
- Mengelak kegemukan.
- Mengurangkan berat badan.
- Mengawal kencing manis.
- Radang kulit dan bisul.
- Meningkatkan nafsu seksual.
- Tingkat daya kecerdasan otak.
- Tingkat daya kercergasan fizikal.
- Menambah susu badan ibu.
- Menguatkan tulang.
- Menurunkan kolestrol.

Cara pengambilan:

Teh halba:
- Dua sudu besar halba.
- Direndam dalam air panas.
- Minum air rendaman (teh halba) itu apabila sejuk.
- Boleh diulang tambah air sehingga tawar.
- Makan halba apabila telah lembut.
- Boleh juga direbus sehingga lembut dan terus makan halba bersama airnya.
 
Serbuk halba.
- Bacuh dalam air suam dan terus minum. 

Friday 1 April 2016

Serondeng resipi Kelantan

Serondeng merupakan sejenis masakan daripada siatan daging, ayam, ikan dan sebagainya yang dimasak bersama santan dan rempah-rempah sehingga kering, dan kadangkala berminyak agar tahan lama.

Serondeng dimasak dan dikacau tanpa henti hingga betul-betul garing atau kering kerana dengan cara itu saja ia akan tahan lama. Serondeng atau dalam dialek Kelantan dipanggil 'sambal' yang dimasak kering boleh disimpan lama hingga satu tahun.

Selain dimakan bersama nasi sebagai 'perisa', serondeng juga dijadikan inti untuk beberapa jenis kuih, terutamanya ketupat bucu atau ketupat palas. Selain itu ia juga dicampurkan ke dalam bubur, oak dan makanan dalam bentuk cair atau lembik. 

Di Kelantan, antara lokasi penghasilan serondeng terkenal ialah di Kampung Kubur Maras, Kota Bharu dan Kampung Laut Tumpat. 

Selain itu terdapat juga pengusaha serondeng di Machang dan Pasir Mas yang tidak kurang juga terkenal menghasilkan serondeng terbaik.

Setiap pengusaha serondeng memang ada resipi masing-masing. Namun, tidak banyak beza antara satu sama lain. 

Selain, menggunakan ramuan berbeza, satu lagi ciri perbezaan serondeng ialah sama ada ia dalam keadaan garing, kering atau lembab. 

Serondeng garing adalah kering sepenuhnya. Teksturnya seakan-akan hancur. Boleh disimpan lebih lama.

Serondeng kering tidaklah kering sepenuhnya. Masih ada kelembapan dan teksturnya agak lembut. Boleh disimpan melebihi setahun. 

Manakala serondeng lembab dalam keadaan berminyak. Teksturnya agak lembut. Boleh disimpan 10 bulan.  

Ketiga-tiga jenis ada peminat mengikut cita rasa masing-masing. Sesuai untuk dimakan dengan nasi, dijadikan inti kuih mahupun dicampur dalam makanan jenis bubur.