Sunday, 8 July 2018

KATEGORI NAMA JALAN DI MALAYSIA

Kategori nama jalan di Malaysia dinamakan jalan persekutuan, jalan negeri, jalan perbandaran dan jalan kampung atau jalan agensi. Jalan persekutuan dan jalan negeri menggunakan nombor pengenalan masing-masing. Jalan persekutuan akan menggunakan tiga angka contohnya Jalan Persekutuan 223 atau Federal Route 223 merujuk Jalan Pantai Cahaya Bulan. Nombor untuk jalan negeri pula dimulai dengan huruf yang diwakili negeri masing-masing dan diikuti dengan nombor.

Contohnya negeri Selangor dimulai huruf B, Perak (A), Melaka (M), Negeri Sembilan (N), Johor (J), Pahang (C), Terengganu (T), Kelantan (D), Pulau Pinang (P), Kedah (K) dan Perlis dimulai huruf R. Jalan negeri diuruskan oleh JKR negeri masing-masing.

Jalan pembandaran diuruskan oleh pihak berkuasa tempatan. Manakala jalan kampung, jalan estet dan jalan agensi (contoh Kesedar) diuruskan oleh agensi atau pihak yang berkaitan.

No comments:

Post a Comment