Wednesday 30 October 2019

TANDA GELEMBUNG UDARA DALAM TELUR

Ketika mengupas telur rebus, kita seringi melihat gelembung udara di salah satu hujung telur. Kadang-kadang akan terjadi bahagian telur putih menjadi lekuk.

Mengapa terjadi begitu dan yang dapat kita tuhu mengenai telur itu berdasarkan

Gelembung udara ini muncul kerana air di dalam telur menguap melepasi bahagian kulit. Kekosongan ruang air itu akan memberi ruang kepada udara masuk dan mengisi ruang antara kulit ari dan kulit telur.

Semakin lama telur disimpan, semakin banyak pula wap air yang keluar dan semakin banyak pula udara yang masuk.

Akibatnya, telur yang sudah disimpan lama akan memiliki gelembung udara yang besar. Sementara telur baru, yang masih segar memiliki gelembung udara yang lebih kecil.

Jadi, kecil atau besar ukuran gelembung udara itu dapat menjelaskan berapa lama umur telur berkenaan.

Sunday 27 October 2019

BAHAYA TERNAKAN DIBIARKAN BEBAS


Kejadian kemalangan melibatkan kenderaan dengan binatang ternakan, terutamanya lembu kerap berlaku, terutama pada waktu malam. Lembu biasanya akan berada di tepi jalan raya pada waktu malam kerana suasana lebih panas.

Dalam keadaan gelap, memang sukar untuk pemandu melihat lembu, terutama yang melintas secara tiba-tiba.

Akibat kemalangan, bukan sahaja haiwan ternakan itu mati, tetapi yang menyedihkan apabila pemandu dan penumpang kenderaan juga ada yang meninggal dunia.

Penternak lembu perlu mengambil perhatian terhadap perkara ini. Jangan kerana ingin mudah menternak lembu dengan cara melepas bebas, pihak lain pula menanggung kerugian dan kecelakaan.

Islam menegah perbuatan tersebut. Sumber hasil menternak lembu secara itu dikira tidak bersih.

Melepas bebas binatang ternakan bukan sahaja membahayakan keselamatan pemandu dan penumpang kenderaan, tetapi juga merosakan tanaman penduduk kampung serta mencemarkan kawasan dengan najis yang dibuang merata-rata.

Wednesday 23 October 2019

ISLAM MERAIKAN FITRAH MANUSIA

Islam agama yang meraikan kepelbagaian fitrah manusia. Islam menolak sesuatu yang jauh daripada fitrah, juga sesuatu yang bersifat mengongkong penganutnya.

Dalam konteks individu, sebagai contoh Islam menolak rahbaniah bahkan menganjurkan pelaksanaan ibadat dalam bentuk wasatiah, iaitu seperti menggalakkan seseorang berbuka apabila berpuasa, berkahwin dan tidak meninggalkan tidur dalam beribadat.

Justeru itu, fitrah manusia yang lainnya seperti suka kepada kecantikan diraikan oleh Islam. Malah Islam menggalakkan umatnya dalam keadaan cantik rohani dan jasmani.

Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Tidak akan masuk syurga sesiapa yang ada sifat sombong walaupun sebesar zarah. Maka telah berkata seorang lelaki kepada baginda SAW: Sesungguhnya Allah itu cantik dan suka akan kecantikan.” (Riwayat Imam Muslim).

Kecantikan dan keindahan yang dikecapi oleh pancaindera sama ada melalui penglihatan mahupun pendengaran dan selainnya. Perkara itu diharuskan oleh Islam selagimana sejajar dengan garis panduan yang ditetapkan oleh agama.

Menikmati keindahan, kecantikan dan hiburan yang dibolehkan sebenarnya mampu merehatkan jiwa, menenangkan hati, menyedapkan pendengaran.

Thursday 17 October 2019

TAWAS HILANGKAN WARNA HITAM KETIAK


Tawas adalah kelompok garam berhidrat berupa kristal sebagai bahan yang mampu menghilangkan masalah bau badan secara alami.

Antara kegunaan tawas ialah;
- Untuk mengatasi masalah bau badan, terutama bawah ketiak.
- Mencerahkan kulit bawah ketiak dan celah paha.
- Melembutkan bahagian bawah ketiak dan celah paha.
- Menghilangkan bulu-bulu halus di badan.
- Mengurangkan rasa gata di bahagian badan.
- Antibakteria

Penggunaan tawas bukannya terus kerkesan 100 peratus. Kalau hendak mencerah kulit bawah ketiak dan melembutnya, perlu mengambil masa. Ia perlu diguna secara berterusan.

Namun tidak sukar untuk diamalkan. Niat untuk mencerahkan dan menghaluskan kulit bawah ketiak sebenar dilakukan bersama-sama tujuan untuk mengatasi masalah bau ketiak dan badan yang tidak menyenangkan.

Begitu juga untuk mengurangkan bulu ketiak, dapat dilakukan untuk tujuan menghilangkan bau badan, menghaluskan dan memutihkan bawah ketiak dan menghapuskan bakteria.

Jadi, ia memberi kesan berganda untuk pelbagai tujuan.

Cara penggunaan:
Tawas ketul digunakan dengan cara membersihkan kawasan yang ingin ‘dirawat’ atau membasahkan. Sebab itu, sesuai diamalkan selepas mandi. Tidak perlu lapkan kawasan yang ingin disapukan tawas. Basahkan tawas dan terus disapukan kepada bahagian berkenaan. Biarpun ia kering dengan sendiri.

Dapatkan tawas secara dalam talian. 
Cepat mudah murah. 
Klik pautan di bawah