Tuesday, 6 October 2026

JAMBAK BUNGA MATOA KELIHATAN CANTIK

 
Jambak bunga matoa kelihatan cantik. Bunga buah matoa (Pometia pinnata) bukan pokok bunga hiasan, sebalik ia pokok menghasilkan buah yang mendapat permintaan tinggi.

Bentuk jambaknya tersusun secara monopodial dalam bentuk panikel yang panjang, mempunyai sekitar 4 hingga 16 cabang bunga pada setiap jambak.

Bunganya berukuran kecil, berwarna putih kehijauan ketika baru keluar dan bertukar kepada keperangan apabila hendak keluar buah.

Kedudukannya tersusun dalam jambak bunga bercabang (panikel) sepanjang 8 hingga 30 sentimeter.

Susunan jambaknya dikategorikan sebagai perbungaan monopodial (tidak bercabang), iaitu paksi utama jambak terus memanjang sambil menghasilkan cabang bunga pada bahagian sisinya.

Kelopak bunga mempunyai mahkota 3 hingga 4 helai. Benang sari berukuran pendek dengan jumlah yang agak banyak serta berwarna putih.

Mempunyai aroma bau yang lembut. Menarik minat kelulut, lebah dan serangan lain untuk hinggap.

Kedudukan jambak bunga tumbuh di bahagian hujung cabang atau hujung batang.

Tempoh daripada kemunculan awal putik bunga sehingga bunga mencapai peringkat matang sepenuhnya sebelum menghasilkan putik buah ialah sekitar 56 hari. 

Bilangan buah yang kekal membesar di setiap jambak atau tangkai utama adalah sekitar 20 hingga 50 biji bergantung kepada kerajayaan proses pendebungan, cuaca, bekalan air dan baja.



No comments:

Post a Comment