Pepatah,
tangan yang menghayung buaian mampu menggoncangkan dunia. Satu peringatan dan motivasi
mengenai kekuatan wanita. Wanita tidak lemah. Wanita mampu melakukan sesuatu perkara
yang di luar kebiasaan.
Wanita-wanita
zaman sekarag sudah boleh berdikari dan pandai buat wang sendiri tanpa perlu
bergantung harap pada lelaki sepenuhnya lagi, Itu kenyataan yang perlu diakui lelaki.
Mereka
bersedia dan sanggup berdepan dengan apa jua ujian. Tiada istilah gentar dan ragu-ragu.
Mereka tabah dengan apa jua rintangan. Apa sahaja yang di hadapan dihadapi dengan
yakin.
Di
mana sahaja seminar motivasi dan percambahan ilmu, yang ramai menyertainya adalah
wanita. Mereka perhebatkan langkah dengan ilmu dunia dan akhirat dengan
seimbang agar kita jadi lebih matang. Semangat mereka bukan membabi buta. Mereka
berpandukan kepada ilmu dan keyakinan tinggi.
Sebahagian
dugaan yang mendatang menjadikan mereka lebih matang dan menuju keadaan lebih. Episod
sedih dibuang jauh-jauh.
Wanita
berjaya tidak menjadikan air mata melunturkan semangat mereka. Sebaliknya, air mata
itu akan menjadi pengajaran untuk lebih kuat. Air mata itu umpama air yang menjadikan
debu simen menjadi keras.
No comments:
Post a Comment