Cara makan pani puri.
Penjualan pani puri semakin berkembang. Banyak tempat di
seluruh negara kini ada menjual makanan berasal dari India ini. Ia mula
dikenali dan dikembangkan apabila tular di media sosial.
Nama asal pani puri adalah daripada perkataan Hindi di mana
"pani" bermaksud air dan "puri" bermaksud kepingan doh atau
keropok bulat yang rangup.
Pani puri turut dikenali sebagai golgappa atau gol gappa.
Pani puri berasal dari benua kecil India. Ia bermula sebagai
hidangan atau sajian kuil sebelum berkembang menjadi makanan jalanan (street
food) yang sangat popular sejak berabad-abad lalu.
Pani puri dijual dalam bentuk keropok bulat sebesar bola
pingpong.
Turut dibekalkan ialah inti pani puri biasanya terdiri
daripada campuran ubi kentang rebus yang dilenyek, kacang kuda rebus, bawang
merah atau bawang besar yang dicincang halus, serta daun ketumbar.
Bahan lain ialah sos cili atau air lada. Ada juga yang
menyediakan mayonis.
Inti dan bahan-bahan tersebut biasanya diasingkan dan
diletakkan di bekas kecil berlainan.
Tetapi ada juga penjual terus mencampurnya dan tinggal
dimasukkan ke dalam keropok bulat.
Untuk memasukkan inti, keropok itu perlu dibuat lubang
dengan mengunakan jari atau sudu.
Masukan inti dan bahan-bahan yang disedikan mengikut cita
rasa masing-masing. Contohnya, jika tidak mahu pedas, jangan masukkan air lada.
Selepas inti yang diingini dimasukkan, keropok bebola itu
dimasukkan terus ke dalam mulut sekali gus sekaligus supaya semua rasa dan
kerangupannya dapat dinikmati serentak.
Pastikan ia cepat dimasukkan ke dalam mulut sebelum kuah
atau air yang ada di dalam inti meresap masuk ke dalam kulit bebola itu menjadi
lembut dan hilang kerangupannya.
Dapatkan set pani puri secara dalam talian di Shopee.

