Wednesday, 21 May 2025

KELADI CINA MUDAH TUMBUH

 
Keladi cina mudah tumbuh. 

Keladi cina satu daripada varieti keladi yang terkenal. Nama lain keladi cina ialah keladi sepit. 

Keladi sejenis tanaman umbisi yang mudah tumbuh di kawasan tropika dan separa lembap. Ia popular dalam kalangan masyarakat Asia sebagai makanan dan juga herba tradisional.
 
Umbisi ubi keladi boleh dimakan selepas direbus, dibuat pengat atau dibakar. Keladi kaya karbonidrat, serat dan mineral serta vitamin. Pucuk muda boleh dijadikan sayur.
 
Ia juga boleh diproses untuk pelbagai jenis kuih dan dijadikan perisa kek dan juga aiskrim. kayat karbohidrat dan serat. Boleh juga dijadikan kerepek.
 
Tanaman keladi cina mudah dan cepat tumbuh. Ia tidak memerlukan penjagaan rapi dan kurang penyakit. Tahan cuaca lembap dan kawasan berpaya.
 
Sesuai untuk pertanian bandar, kawasan rendah, dan tanah terbiar.
 
Keladi cina matang dalam tempoh singkat iaitu kira-kira lima hingga tujuh bulan sahaja. matang. 

Dapatkan benih pokok keladi cina di Shopee 


No comments:

Post a Comment