Sunday, 1 June 2025

AWAS TIPU DAYA ANAK BERMAIN PANTAI

 
Kalau bawa anak bermain di tepi pantai, awas dengan tipu daya mereka sehingga dapat mandi manda.
 
Ini catatan di Facebook oleh seorang bapa yang memang sudah menduga perkara ini akan berlaku.
 
Pada mulanya, Fariha cuma mahu bermain pasir di tepi pantai sahaja. Selepas itu, dia mencuci kaki, tetapi entah bagaimana pakaiannya basah kena ombak ! Akhirnya, Fariha pun mula berenang di laut dan kelihatan sangat gembira menikmati waktu di pantai. Pandai betul ya, skrip yg boleh diagak akan berlaku, layan saja agar anak bahagia

No comments:

Post a Comment