Saturday, 13 February 2021

DAGING ANAK BURUNG MERPATI SEDAP DIMAKAN

Di Malaysia, amalan makan daging burung merpati agak asing. Burung merpati atau juga dikenali burung dara lebih banyak dijadikan haiwan peliharaan perhiasaan atau hobi.

Burung merpati merupakan burung berbadan gempal dengan leher pendek dan paruh ramping pendek. Burung merpati ditemui hampir di seluruh dunia. 

Burung merpati menjadi lambang kepada kesetiaan, kasih sayang, kebebasan dan keamanan.

Memalihara burung merpati agak mudah. Bahkan, setelah dijinakkan dan ‘kenal’ sangkar, burung merpati boleh dilepaskan dan hidup berdikari mencari makanan sendiri. 

Kalaupun perlu disediakan sedikit makanan untuk membiasakan ia pulang ke sarang atau rumah yang disediakan.

Sepatutnya kita mengambil peluang untuk memelihara merpati secara lepas bebas. Manfaat atau keuntungan diperoleh dengan cara menjualnya secara hidup-hidup atau yang disembelih untuk dagingnya.

Sebenarnya, burung merpati memiliki daging yang sedap dan berkhasiat untuk dimakan. Kebiasannya merpati yang dijadikan makanan atau diambil dagingnya ialah ketika masih muda atau dipanggil squab.

Merpati yang dikategorikan squab ada yang berumur antara 28 hingga 30 hari. Squab telah tumbuh penuh sayap dan bulu di seluruh badan namun masih belum terbang.

Daging merpati jenis squab merupakan jenis daging yang paling banyak digunakan. Daging merpati squab paling digemari kerana memiliki rasa yang lebih lembut dan tulang yang masih lunak.

No comments:

Post a Comment