Banyak
warganet berkongsi pemandangan indah musim bunga tekoma atau juga dikenali
trompet mawar. Fenomena yang jarang-jarang berlaku itu mewarnai pemandangan
jalan dan kawasan sekitar. Hampir semua bahagian pokok dipenuhi dengan bunga.
Jadi,
ia menjadi tarikan masyarakat berswafoto dan membidik gambar kenangan untuk
dimuatkan dalam media sosial.
Tempat
menarik seperti ini mejadi lokasi pilihan kepada mana-mana jurugambar atau
mereka yang mahu 'showcase' produk perniagaan, kerana ia dapat menarik lebih banyak
penenoton apabila gambar ini dimuat naik dalam media sosial.
Bunga
tekoma banyak ditanam di taman dan ditepi jalan untuk menghiasi landskap itu
berasal dari Amereika Tengah dan Amerika Selatan. Pokok tekoma akan mula mekar
selepas musim kemarau yang disusuli musim hujan.
Biasanya
bunga ini akan mekar dua kali setahun iaitu sekitar hujung Mac hingga awal
April dan hujung Ogos sehingga awal September, namun ia bergantung pada tempoh
musim panas dan hujan.
Bunga
tekoma digelar sebagai ‘Sakura Malaysia’ yang hampir menyerupai suasana musim
sakura di Jepun.
No comments:
Post a Comment