Setiap masa kita berdepan dengan ancaman radikal bebas yang akan memberi kesan buruk kepada kesihatan. Radikal bebas ini boleh 'dilemahkan' atau direncatkan keupayannya melalui sebatian antioksidan.
Sumber sebatian antioksidan diperoleh atau dihasil secara semula jadi oleh badan. Satu lagi sumber sebatian antioksidan ialah melalui sumber makanan seperti sayur dan buah. Memandangkan tidak banyak individu gemar makan sayur dan buah, ia boleh digantikan dengan sumber antioksidan melalui produk khusus yang menawarkan kandungan antioksidan yang tinggi.
Salah satu produk tersebut ialah Yoba Lapacho. Ia dihasilkan dari pokok lapacho.
Pokok lapacho berasal dari tanah pegunungan dan hutan hujan Paraguay, Argentina dan Brazil. Pokok ini mempunyai unsur-unsur untuk merawat pelbagai jenis barah serta masalah kesihatan yang lain.
Bahagian pokok lapacho didapati mengandungi nilai perubatan yang tinggi ialah kulit pokok, khususnya bahagian dalamnya yang dipanggil 'floem'.
Lapacho digunakan sebagai antioksidan semula jadi untuk menguatkan sistem pertahanan tubuh, daya mencegah penyakit, membunuh kuman, mengurangkan kesakitan, menambah pengeluaran air kencing dan juga sebagai penawar untuk racun.
Lapacho salah satu herba yang kuat sebagai agen penyembuhan dan ciri-ciri antikulat. Bahan aktif utama yang terdapat dalam lapacho sangat berkesan dalam rawatan kanser dan jangkitan kuman.
Khasiat lapacho:
- Membantu menguatkan sistem imun badan
- Sifat antioksidan yang kuat.
- Antivirus.
- Antibakteria.
- Mengatasi demam
- Mencegah selesema.
- Antikanser.
- Merawat gout
- Mencegah kerosakan sel
- Mempercepatkan pemulihan kesakitan
- Mengelak masalah penglihatan
- Membantu mengatasi masalah jantung
- Meningkatkan daya pencegahan penyakit
- Melancarkan pembuangan air kencing
- Mengurangkan kesan racun
- Meredakan resdung
- Mengurangkan rasa gatal bahagian muka
- Mengurangkan alahan makanan laut
- Mengurangkan kesan radikal bebas
Lapacho bukan ubat. Ia pemakanan tambahan
yang memberi kesan berbeza-beza mengikut individu. Perlu penggunaan berterusan untuk
kesan maksimun. Ia memberi kebaikan dalam pelbagai aspek berkaitan kesihatan
yang sebenarnya amat diperlukan semua peringkat umur dan keadaan kesihatan. Ia
memberi kesan pencegahan dan penyembuhan. Mencegah lebih baik daripada berubat.
No comments:
Post a Comment