Hiking
atau kembara berjalan kita tidak hanya apabila melibatkan kawasan hutan dan
berbukit sahaja. Sesuai dengan namanya kembara berjalan kaki, apa-apa sahaja
aktiviti melalui kawasan bukan laluan khas disediakan untuk beriadah, maka ia
adalah hiking.
Salah
satu tempat yang menarik untuk dilakukan aktiviti hiking ialah di kawasan
kepulauan di kawasan delta muara Sungai Kelantan.
Di
kawasan delta Sungai Kelantan di kawasan jajahan Tumpat terdapat 33 buah pulau,
namun hanya 13 pulau yang didiami atau ada penduduk tinggal di pulau berkenaan.
Antara
nama pulau yang terdapat di delta muara Sungai Kelantan di bahagian jajahan
Tumpat ialah Pulau Seratus, Pulau Renjuna, Pulau Beluru, Pulau Pantai Suri, Pulau Cendol, Pulau Tongkang, Pulau Pantai Baru dan Pulau Haji Nik Mat.
Pulau
Renjuna adalah penempatan utama. Antara pulau-pulau ini dihubungi dengan
jambatan, Jadi, aktiviti hiking boleh dilakukan dengan mudah.
Apa
yang penting, pengunjung perlu menggunakan bot untuk sampai ke mana-mana pulau
berkenaan. Pengunjung boleh mendapatkan khidmat bot penumpang sama ada di Jeti
Kuala Besar yang terletak di jajahan Kota Bharu, atau Jeti Kok Majid di jajahan
Tumpat.
Dari
jeti berkenaan, pengunjung boleh berhenti di mana-mana jeti yang terdapat di
pulau-pulau berkenaan. Dari situ, boleh mula hiking keliling pulau melalui
laluan yang digunakan oleh penduduk kampung.
Pengunjung
berpeluang melihat dan merasai suasana kampung yang damai dan indah.
Suasana
di pulau-pulau delta muara Sungai Kelantan damai dengan suasana kampung tanpa
kenderaan, kecuali kedengaran enjin bot dan motosikal.
Hubungan
sesama penduduk amat harmoni, saling menghormati dan bantu membantu antara satu
sama lain.
Pengunjung
tidak perlu berpatah balik ke jeti tempat mula hiking, sebaliknya untuk pulang
ke dataran besar boleh menggunakan khidmat bot di mana-mana jeti yang ada.
Jarak
hiking juga anda boleh tuntukan sendiri hendak jauh atau dekat. Kalau hendak hiking
pusing-pusing pulau, rasanya jaraknya tidak kurang dari 10 kilometer
keseluruhan.
Kalau
sekadar hendak hiking dekat, bolehlah turun di Jeti Pulau Renjuna dan kemudian
berjalan menuju ke Jeti Pulau Beluru. Jaraknya lebih kurang satu kilometer sahaja.
Singgah berbual bertanya khabar dengan penduduk
No comments:
Post a Comment