Wednesday, 26 July 2023

KURANGKAN MANIS DALAM MINUMAN

 
Teh tarik sememangnya sukar ditolak dengan rasanya yang manis, berlemak dengan tehnya yang pekat. Tetapi tahukah anda bahawa kandungan gula dan lemak yang tinggi pada krimer manis di dalam teh tarik mampu meningkatkan risiko penyakit kronik pada masa hadapan jika diambil berlebihan?
 
Jika masih ingin meneruskan tabiat minum teh tarik, pastikan kurangkan sukatan krimer manis yang dicampurkan di dalam air. Gantikan krimer manis dengan susu rendah lemak secara sederhana.
 
Selain itu, kurangkan kekerapan minum teh tarik dan juga air manis. Pesan minuman kurang manis atau tanpa gula jika makan di luar.
 
Lebih elok lagi jika mengamalkan pengambilan air kosong semasa makan utama. Langkah itu dapat mengurangkan jumlah pengambilan kalori anda dalam sehari. Ini sedikit sebanyak dapat membantu anda untuk menurunkan berat badan di samping memenuhi keperluan pengambilan air harian anda iaitu sebanyak 6 hingga 8 gelas sehari.
 
Mari amalkan gaya hidup yang sihat dengan mengurangkan pengambilan minuman manis dan pilihlah air kosong sebagai pilihan utama.

No comments:

Post a Comment