Sunday, 1 October 2023

SEKS DAPAT BANTU ELAK NYANYUK

 
Satu kajian dilakukan Prof Shannon Seh, dari Hope College, Michigan, Amerika Syarikat mendapati seks boleh membantu melindungi daripada dementia atau nyanyuk dengan meningkatkan aliran darah ke otak.

Rumusan kajian seperti dilaporkan Agensi juga mendapati, bagi individu berusia 62 hingga 74 tahun, kualiti seks dan klimaks berkait rapat dengan ketajaman mental.

Bagi individu berusia lebih daripada 75 tahun, manfaat terbesar diperoleh dengan melakukan aktiviti hubungan seks sekurang-kurangnya sekali seminggu.

Dementia adalah suatu penyakit yang boleh menjejaskan fungsi otak secara berperingkat yang membawa kepada kemerosotan keupayaan otak untuk berfungsi dengan baik.
Seks adalah latihan fizikal dan latihan ini berkait rapat dengan prestasi kognitif yang lebih baik dengan meningkatkan aliran darah dalam otak.

Rumusan daripada kajian tersebut mendapati masalah keupayaan otak mungkin lebih benar pada usia yang lebih tua disebabkan kadar tinggi disebabkan kurang aktif, jadi hubungan seks untuk golongan usia berkenaan mungkin memberi manfaat.

Hubungan intim seks yang berkurang dalam usia itu, ia mungkin sebagai satu cara untuk mengatasi kekeringan dalam otak.

Selain itu, ia juga terbukti bermanfaat untuk kesihatan mental dan fizikal, termasuk kesihatan jantung, kebahagiaan serta kesejahteraan.

Terdahulu, kajian berkaitan hubungan seks itu dilakukan terhadap seramai 1,683 orang di Amerika yang berusia 62 tahun ke atas selama lima tahun.

Dalam kajian itu ditanyakan soalan mengenai aktiviti hubungan intim, iaitu termasuk berapa kerap mereka mengadakan hubungan seks, sejauh mana kepuasan yang mereka dapat, selain melakukan ujian berkaitan perhatian, ingatan, kepantasan berfikir dan matematik.

Prof Shen menyatakan, bahawa lonjakan hormon "feelgood" dopamine (berkaitan penghantar saraf bahan kimia otak yang mengawal pergerakan) ketika orgasme juga melindungi saraf yang berkaitan dengan ingatan.

Di samping itu, warga emas juga digalakkan bersenam dan bersosial, mengamalkan pemakanan sihat dan dket seimbang juga dapat meningkatkan kecerdasan otak.

Data menunjukkan, hampir sejuta penduduk Britain menghidapi dementia yang dianggap sebagai penyakit pembunuh utama di United Kingdom.

Berapa kali seminggu perlu melakukan hubungan seks

Gambar - Susu kambing baik untuk tingkatkan keupayaan seks lelaki 

No comments:

Post a Comment