Kariah Surau Al-Karamah, Kampung Seri
Keramat dekat Pasir Puteh, Ipoh, Perak membantah usaha pemaju merobohkan surau berkenaan.
Sebelum ini, Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk).bersama agensi dan jabatan terlibat telah mengadakan beberapa pertemuan bersama penduduk sebelum ini bagi membincangkan isu tersebut.
Tindakan merobohkan surau tersebut sebenarnya telah mendapat kebenaran daripada Jawatankuasa Fatwa negeri.
Bagaimanapun, kariah surau masih berkeras untuk tidak membenarkan kerja pengosongan dan meroboh surau dilaksanakan oleh pihak pemaju.
Pada April 2021 lalu, akhbar melaporkan
Jawatankuasa Surau Al-Karamah memohon campur tangan MAIPk, Menteri Besar serta
Pejabat Tanah dan Galian Perak untuk menghalang tindakan merobohkan surau itu
bagi memberi laluan kepada projek perumahan.
Bantahan itu kemudiannya mendapat perhatian
Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah yang memberi perkenan agar surau
tersebut tidak dirobohkan sehingga surau baharu siap dibina.
Dalam kes ini, surau baharu telah pun siap
dibangunkan dengan segala kelengkapan untuk kegunaan surau disediakan MAIPk.
No comments:
Post a Comment