Lokomotif YDM-4 digunakan Keretapi Tanah Melayu Berhad
(KTMB) disewa daripada Indian Railways. Unit YDM-4 pertama dibina oleh American
Locomotive Company (Alco) pada tahun 1961. Sejak tahun 1968, ia telah
dihasilkan di India oleh Banaras Locomotive Works (BLW), Varanasi.
Nama model kereta api ini merujuk kepada ukuran rel meter (Y), diesel
(D), dan enjin trafik campuran (M). YDM-4 telah menjadi lokomotif diesel ukuran
meter yang paling berjaya di India. Lokomotif YDM-4 mempunyai kelajuan maksimum
100 km/j, tetapi beroperasi 85 km/j.
Lokomotif YDM-4 yang diterima KTMB sebanyak 28 unit pada 1996
pernah digunakan oleh Indian Railways antara tahun 1961 hingga 1993. Pada tahun 2009, lima unit lagi diterima
setelah dibaik pulih oleh Southern Railway Workshop, Tiruchirappalli, India.
Perolehan YDM-4 bertujuan sebagai peralihan, sementara
mendapat lokomotif baru yang lebih terkini. Selepas tempoh sewaan, ia dipulangkan kembali
ke India. Oleh itu, fleet number yang asal
dikekalkan bagi YDM-4.
YDM-4 juga dipanggil Volkswagen dikalangan peminat kereta
api kerana bunyi enjin yang kasar, kadang-kadang macam Volkswagen lama, asap
tebal, dan gaya klasik masa tarik gerabak panjang. Bunyi enjin yang “garang” memang
jadi trademark, siapa dengar pasti tahu itu YDM-4 biarpun tanpa melihatnya.
Satu pemerhatian peminta kereta apai, YDM-4 kerap beroperasi
secara dua lokomotif digabungkan untuk menarik gerabak yang panjang dan beban
lebih banyak. Penggunaan dua lokomotif serentak juga dapat dijadikan sebagai
pemangking kuasa dan kelancaran operasi.
Perkhidmatan YDM-4 dengan KTMB ditamatkan pada 2016.
Sebahagian YDM-4 dihantar ke Kemboja untuk menyambung khidmat di negara
berkenaan. Selebihnya dipulangkan kepada India seperti perjanjian apabila tamat
sewaan.
No comments:
Post a Comment