Saturday, 13 February 2021

MAKAN DAGING ANAK BURUNG MERPATI

Makan daging anak burung merpati. Di Malaysia, amalan makan daging burung merpati agak asing. 

Merpati biasanya dipelihara sebagai hobi, dan bukan untuk tujuan mendapatkan dagingnya. .

Memalihara burung merpati agak mudah. Bahkan, setelah dijinakkan dan ‘kenal’ sangkar, burung merpati boleh dilepaskan dan hidup berdikari mencari makanan sendiri. 

Kalaupun perlu disediakan sedikit makanan untuk membiasakan ia pulang ke sarang atau rumah yang disediakan.

Sepatutnya kita mengambil peluang untuk memelihara merpati secara lepas bebas. Manfaat atau keuntungan diperoleh dengan cara menjualnya secara hidup-hidup atau yang disembelih untuk dagingnya.

Sebenarnya, burung merpati memiliki daging yang sedap dan berkhasiat untuk dimakan. Kebiasannya merpati yang dijadikan makanan atau diambil dagingnya ialah ketika masih muda atau dipanggil squab.

Merpati yang dikategorikan squab adalah yang berumur antara 28 hingga 30 hari. Squab telah tumbuh penuh sayap dan bulu di seluruh badan namun masih belum terbang.

Daging merpati jenis squab merupakan jenis daging yang paling banyak digunakan. Daging merpati squab paling digemari kerana memiliki rasa yang lebih lembut dan tulang yang masih lunak.

No comments:

Post a Comment