Permintaan
susu kambing untuk tujuan kesihatan semakin meningkat. Orang ramai semakin
yakin dengan kebaikan dan khasiat susu kambing.
Susu
kambing adalah makanan penyembuhan yang terbaik bagi membina otak, sistem saraf
dan mental. Susu kambing mengandungi segala vitamin, mineral, protein dan lemak
yang penting bagi pertumbuhan jaringan otak, enzim dan neurotransmiter
sekali gus memberi tenaga untuk otak.
Susu
kambing juga adalah yang terbaik untuk menghasilkan semula sel-sel di dalam
badan bagi memulihkan kesihatan seseorang.
Kebaikan
susu begitu diangkat sehingga di dalam riwayat Imam al Bukhari
diceritakan bahawa ketika peristiwa Israk Mikraj, Jibril yang menghidang
susu dan arak kepada Rasulullah SAW telah memuji pilihan Baginda iaitu
susu. Jibril berkata: “Segala puji bagi Allah yang telah menunjukkan engkau
kepada fitrah. Seandainya engkau memilih khamar, nescaya binasalah
umatmu.”
Walaupun
tidak dinyatakan susu apa yang dihidang kepada Baginda ketika itu, namun cukup
jelas bahawa Allah telah memberi nikmat yang besar kepada manusia melalui
susu dan meminum susu juga menjadi sunnah Rasulullah SAW. Begitu dekatnya
susu dengan manusia sehingga susu adalah sebahagian dari fitrah manusia.
Susu
kambing paling menjadi kegemaran Rasulullah SAW terutamanya yang diminum terus
selepas diperah. Keistimewaan susu kambing adalah pada nutrisinya yang dua kali
ganda lebih baik berbanding susu lembu.
Malah
kehebatan susu kambing ternyata sama tandingnya dengan susu ibu. Bayi yang
minum susu ibu dan susu kambing ternyata memiliki sistem imunisasi yang
lebih kuat, lebih cerdas dan pintar berbanding dengan anak-anak yang diberi
susu lembu atau susu ibu sahaja.
Selain
itu susu kambing juga ternyata boleh diminum oleh semua peringkat umur kerana
tidak menyebabkan alahan dan keradangan seperti susu lembu. Partikel
lemaknya yang lebih kecil menjadikan susu kambing ternyata lebih mudah
dihadam berbanding susu lembu.
Susu kambing sering disamakan dengan susu ibu, biarpun tidak mengatakan
lebih baik daripada susu ibu. Susu ibu tetap yang terbaik. Kandungan protein
dalam susu kambing adalah hampir sama dengan susu ibu dan melebihi daripada
dalam susu lembu.
Sama seperti susu ibu, pH susu kambing beralkali berbanding dengan susu
lembu yang asidik. Susu kambing dapat meneutralkan asid dalam perut dan mengujudkan
persekitaran yang lebih beralkali yang baik untuk sistem penghadaman.
No comments:
Post a Comment