Pondan, kedi, lembut dan
panggilan-panggilan yang seumpama merujuk kepada lelaki yang bersifat
perempuan. Sebenarnya, terdapat tiga golongan yang dikategorikan sedemikian,
termasuk transexual (mereka yang menjalani pembedahan menukar jantina),
transvestite (mereka yang sekadar berasa perlu berpakaian atau berkelakuan
mengikut jantina berbeza) dan homoseksual (mereka yang cenderung pada kaum
sejenisnya).
Golongan yang dikategorikan transvestite
sekadar suka bergaya ala orang perempuan dan pada hakikatnya mereka sedar dan
masih ingin kekal sebagai lelaki.
Malah, sebahagian mereka dalam tempoh tertentu akan kembali menjadi lelaki normal biarpun masih kelihatan lembut, terutama apabila sudah berkahwin.
Transvestism ialah amalan berpakaian dan
berperangai yang bertentangan dengan jantina. Fenomina ini mula berlaku sekitar
tahun 1910-an. Perkataan transvestism mula diperkenalkan oleh Magnus Hirschfeld
yang bermaksud ‘berlawanan’ dengan norma jantina, contohnya lelaki yang
berminat berpakaian wanita dan sebaliknya.
Manakala anak yang dikategorikan sebagai
transexual pula bukan setakat suka beraksi seperti wanita tetapi golongan ini
menyimpan hasrat untuk menukar jantina.
Golongan ini adalah golongan lelaki yang
ingin menjadi wanita kerana berasa diri mereka terperangkap dalam tubuh lelaki.
Mereka bencikan bentuk tubuh mereka. Mereka ingin menghapuskan bulu-bulu di
badan dan ingin mengencangkan buah dada.
Golongan inilah yang cenderung melakukan
pembedahan untuk menukar penampilan mereka. Kajian rata-rata menunjukkan tidak
terdapat sebarang punca dari segi biologi dan ia dipercayai mempunyai kaitan
rapat dengan persekitaran seseorang.
Sebagai contoh, anak yang tidak mempunyai
seorang ayah sebagai contoh dalam keluarga atau ayah yang tidak banyak terlibat
dalam pembangunan anak dan keluarga boleh merangsang keadaan sebegini.
Ada kalanya juga sesetengah ibu bapa yang terlalu inginkan anak perempuan kemudian memilih untuk mengenakan anak lelaki dengan pakaian anak perempuan juga boleh menjadi penyebab.
Apa yang masyarakat sekeliling sedari ialah
tentang kecenderungan kumpulan sebegini menjadi bahan usikan yang sekali gus
hanya akan membuat mereka berasa lebih sunyi dan ingin bersikap tertutup.
Adalah lebih baik untuk menghentikannya semasa anak itu masih kecil.
Pun begitu, jangan lakukan secara membabi
buta. Lakukan secara berhemah. Perlu ada keseimbangan. Nyatakan yang
kelakuannya tidak dapat diterima dan dia perlu berubah. Bimbing dan beritahu
mereka perbuatan itu salah dan perlu dihentikan.
Sebagai contoh, jika anak itu sengaja
menggunakan suara lembut ketika bercakap-cakap, jangan mempedulikan
kata-katanya sehingga dia kembali menggunakan suara asalnya.
Sekiranya ibu bapa berasa sukar untuk membantu anak kembali ke jantina asalnya, ada baiknya anak itu dibawa ke doktor untuk mendapatkan rawatan segera.
Manakala golongan homoseksual pula individu
yang sukakan kepada jantina yang sama. Contohnya lelaki yang minat kepada
lelaki dipanggil gay, manakala wanita yang cenderung kepada wanita pula
digelarkan lesbian.
Malah, sebahagian mereka dalam tempoh tertentu akan kembali menjadi lelaki normal biarpun masih kelihatan lembut, terutama apabila sudah berkahwin.
Ada kalanya juga sesetengah ibu bapa yang terlalu inginkan anak perempuan kemudian memilih untuk mengenakan anak lelaki dengan pakaian anak perempuan juga boleh menjadi penyebab.
Sekiranya ibu bapa berasa sukar untuk membantu anak kembali ke jantina asalnya, ada baiknya anak itu dibawa ke doktor untuk mendapatkan rawatan segera.
No comments:
Post a Comment