Pasukan 23 Skn RAJD (AW). Markas skuadron berpangkalan di
Kem Jalan Pusara, Kuala Terengganu.
Pasukan ini (nama penuh 23 Skuadron Rejimen Askar Jurutera
Diraja) berada di bawah pemerintahan Markas RAJD Pemerintahan Medan Barat
Tentera Darat (MK RAJD PMBTD).
23 Skn RAJD (AW) berfungsi sebagai skuadron jurutera tempur
simpanan di bawah Tentera Darat Malaysia (TDM).
Anggotanya terdiri pegawai dan lain-lain pangkat (LLP)
berstatus anggota tentera tetap sebagai pentadbir dan jurulatih.
Manakala keanggotan utama adalah terdiri orang awam yang
menyertai tentera sebagai pegawai dan anggota simpanan atau lebih dikenali
wataniah.
Mereka dilatih berdasarkan kepada kemahiran yang diperlukan
seperti anggota tetap RAJD.
Latihan dilakukan secara mingguan atau latihan berterusan
(tahunan) yang mengambil masa kira-kira dua minggu.
23 Skn RAJD (AW) mempunyai tiga terup iaitu No. 1 Terup berpangkalan
di di Kem Sri Nibong, Dungun, Terengganu.
No. 2 Terup pula berpangkalan di Kem Desa Pahlawan /
Politeknik Kota Bharu (PKB), Kelantan.
Manakala No. 3 Terup berpangkalan di Kem Seri Kemunting, Jalan
Tanah Putih, Kuantan, Pahang.
Gambar - Markas No. 2 Terup di Kem Desa Pahlawan.

No comments:
Post a Comment