Dewi minta hantar kereta. Mula-mula dia buat panggilan.
Sekejap sahaja deringannya. Tidak sempat jawab dan sememangnya tidak akan
jawab.
Kemudian dia hantar WhatApps bertanyakan adakah akan hantar
kereta.
Rasa pelik juga, hendak hantar kereta mana dan ke mana?
Katanya, dia mendapat pesan daripada mak ciknya yang
dipanggil Salmah agar dia menghubungi individu yang telah membaiki kereta mak
ciknya.
Dia hantar gambar kereta yang dimaksudkan. Cantik kereta tu. Warna biru yang menjadi warna kemegahanku.
Katanya, pak cik yang bernama Ali itu sudah berjanji ingin
menghantar kereta itu ke rumahnya. Dia sudah berada di luar rumah menanti ketibaan Pak Cik Ali. Sudah banyak nyamuk mengigitnya.
Ali ada bengkel kereta di Sepang. Dewi pula tinggal di
Shah Alam.
Aku jelaskan yang akan tinggal di Kelantan dan bukan bernama Ali. Ali adalah adik ipar aku, tetapi dia juga tinggal di Kelantan dan tidak ada bengkel baiki kereta.
Dia kata mungkin tersilap nombor.
Berdasarkan gaya dan bahasa penulisan, Dewi mungkin berasal
dari Indonesia.
Kalau ikut gambar di profile, Dewi umurnya belasan tahun
atau awal 20-an.
Sebenarnya aku tidak kisah sangat tentang perkara ini. Sekadar
menulis sebelum tidur.
Dan, aku bersangka baik, tetapi berhati-hati.
Gambar sekadar hiasan.

No comments:
Post a Comment