Ikan tenggiri isi pejal manis. Ikan ini bergerak pantas
secara berkumpulan kecil dan pemangsa agresif.
Bentuk badannya panjang berbentuk torpedo dan sangat
aerodinamik untuk membelah air.
Badan berwarna perak keputihan di bahagian bawah perut dan
kelabu kebiruan atau hijau kebiruan di bahagian belakang. Mempunyai sisik yang
sangat halus, kecil dan hampir tidak kelihatan.
Ciri-ciri utama ikan ini yang sinonim dengan gigi rahang
yang besar dan tajam menjadi penyumbang kepada gaya pemakanannya sebagai ikan
karnivor dengan menjadikan ikan kecil, krustasea dan sotong sebagai diet
kebiasaannya.
Kebiasaannya membesar antara 1 hingga 2 meter dengan berat
boleh mencapai sehingga 70 kilogram.
Terdapat tiga jenis tenggiri utama iaitu tenggiri batang
yang nrtaiz lebih besar dan silinder dengan corak belang-belang. Isinya lebih
pejal berbanding jenis lain dan sesuai dimasak kari.
Jenis kedua ialah tenggiri papan: Badannya lebih leper dan
lebar dengan isi tipis. Sesuai untuk masakan seperti asam pedas.
Manakala tenggiri bunga pula berbadan lebih tebal dengan
corak bintik-bintik jelas di sisi.
Ikan ternggiri banyak dijadikan bahan asas keropok lekor,
otak-otak, ikan masin, asam pedas, serta digoreng.
Ikan ini diketegorikan sebagai tinggi kandungan protein,
asid lemak omega-3, serta vitamin B12 dan D yang baik untuk kesihatan jantung
dan otak.
Ikan tenggiri merupakan jenis ikan yang tergolong penting
dalam ekonomi dan menjadi salah satu ikan yang digemari di dunia.


No comments:
Post a Comment