Agama Islam satu-satunya cara hidup menepati
kehendak fitrah manusia. Segala hukum
aturan hidup Muslim ditetapkan berdasarkan tuntutan lahiriah dan rohaniah. Allah
mengetahui segala keperluan setiap hamba-Nya dan menetapkan apa diperlukan.
Salah
satu aturan hidup Islam ialah menepati janji. Firman Allah bermaksud: “Wahai mereka yang beriman! Sempurnakan janji-janjimu.” - (Surah
al-Maidah, ayat 1).
Menepati
janji merupakan sifat terpuji yang diamalkan para rasul dan nabi. Firman Allah SWT bermaksud: “Sesungguhnya dia (Nabi Ismail)
adalah benar menepati janji, dan adalah dia seorang Rasul lagi berpangkat
Nabi.” (Surah Maryam, ayat 54).
Islam
mementingkan menepati janji kerana ia merupakan keperluan membentuk hubungan
dengan Allah dan sesama manusia. Setiap
masa manusia perlu menunaikan janji dan kesetiaan yang diucapkan.
Perkara
utama ialah menepati janji dengan Allah. Setiap Muslim telah mengikat janji mengabdikan diri kepada Allah. Ia bertepatan dengan tujuan Allah menjadikan
manusia sebagai khalifah di muka bumi.
Firman
Allah bermaksud: “Tidak Aku jadikan jin dan manusia, melainkan untuk
mengabdikan diri dan beribadat kepada-Ku.” - (Surah adz-Dzariyat, ayat
56).
Dalam
ucapan khalimah syahadat, setiap Muslim mengakui kekuasaan Allah dan kerasulan
Nabi Muhammad. Pengakuan tersebut adalah
satu janji untuk mematuhi segala syariat ditetapkan Allah dan mengikuti contoh
amalan ditunjukkan oleh Rasulullah.
Hubungan
janji sesama manusia merupakan sendi kehidupan bermasyarakat. Setiap hari kita tidak terlepas daripada
mengungkapkan perkataan bermaksud janji.
Janji
bermaksud kesediaan dan persetujuan untuk melakukan, tidak melakukan, memberi,
mendapatkan dan menjadikan sesuatu, benda atau keadaan. Kesediaan tersebut biasanya berkaitan tempoh
masa akan datang atau selepas itu.
Orang
berjanji sebagai pihak pertama dan orang mengharapkan janji ditunaikan
(dijanjikan) sebagai pihak kedua. Jika
terdapat pihak menyaksikan perjanjian, dianggap pihak ketiga.
Pentingnya
menunaikan janji sebagai akhlak orang mukmin. Sebaliknya, sifat tidak menepati janji menjadikan seseorang munafik.
Sabda
Rasulullah SAW bermaksud: “Tiga perkara sesiapa yang berada di dalam dirinya,
maka dia munafik, walaupun dia berpuasa, sembahyang dan mengaku dirinya Muslim. Apabila bercakap dia berbohong, apabila
berjanji dia memungkiri janjinya dan apabila dipercayai dia khianat.” (Hadis
riwayat Bukhari dan Muslim).
No comments:
Post a Comment