Penyediaan keperluan ibu lepas
bersalin dalam pantang memang amat penting. Sebenarnya keperluan itu tidak
boleh dipandang mudah kerana ia melibatkan kesihatan ibu dan bayi yang baru
dilahirkan.
Diperhatikan keluarga yang baru dapat bayi biasanya sibuk menyedia atau beri perhatian kepada bayi dari segi menyediakan pelbagai kelengkapan bayi, bahkan telah disediakan beberapa bulan sebelum itu.
Selepas bayi dilahirkan pula ada-ada saja barang atau keperluan bayi dibelikan. Sanak saudara juga begitu bermurah hati memberi hadiah kepada bayi.
Tetapi, apa pula disediakan untuk
ibu baru lepas bersalin? Adakah disediakan senarai semak keperluan ibu
bersalin? Apa persiapan untuk tempoh berpantang? Berapa banyak
peruntukan wang untuk belanja keperluan selepas bersalin?
Banyak orang lupa tentang itu. Ibu lepas bersalin amat penting melakukan persiapan dan amalan yang perlu. Proses mengandung dan melahirkan anak bukan perkara mudah. Banyak tenaga, emosi dan perubahan diri berlaku dalam tempoh itu.
Justeru, ibu baru lepas bersalin perlu perlu melakukan 'revolusi' untuk kembali sihat dan bertenaga, selain mengembalikan kekuatan fizikal dan mental.

Masyarakat dulu amat mementingkan
pantang dan penggunaan herba untuk memulihkan kesihatan ibu lepas
bersalin. Mereka sanggup mengelak makan makanan tertentu.
Biasanya hidangan ibu lepas bersalin hanyalah ikan kering selain pelbagai herba dan ulam-ulaman yang tidak menyelerakan. Namun segala itu dilalui demi untuk kesihatan dan kembali keadaan sebelum mengandung dan bersalin.

Segala amalan tradisi itu kini
semakin ditinggalkan. Ini kerana keperluan ibu lepas bersalin dari segi
herba dan lain-lain telah disediakan secara 'lengkap' secara moden.
Set ibu bersalin kini banyak dikeluarkan secara komersal. Lebih mudah dan menepati keperluan untuk ibu baru bersalin.
Set ibu bersalin kini banyak dikeluarkan secara komersal. Lebih mudah dan menepati keperluan untuk ibu baru bersalin.
Janganlah kedekut atau berkira
sangat untuk membelanjakan sejumlah wang untuk set ibu bersalin. Ia bukan
saja membantu atau memberi kebaikan kepada ibu, tetapi juga anak yang baru
dilahirkan, terutama untuk pengeluaran susu yang banyak.
No comments:
Post a Comment