Pemarut sejenis alat digunakan untuk memarut kelapa, ubi, buah dan sebagainya
agar menjadi halus. Pemarut diperbuat daripada besi. Bahagian depan ada 'mata' tajam timbul pada bahagian papan.
Bahan
yang ingin diparut akan digerakkan turun naik atau melalui papan mata itu berulang
kali untuk menghasilkan potongan halus. Kehalusan mata menghasilkan parutan yang
halus. Ada
juga mata pemarut yang lebih timbul untuk hasil yang lebih kasar.
Semasa
memarut perlu dilakukan berhati-hati. Pegang bahan yang ingin diparut kejap-kejap
untuk mengelak terlepas dan melukakan tangan.
Kerja
memarut tidak dapat diteruskan setelah bahan diparut mengecil. Jika bahagian itu
ingin diparut juga untuk mengelak pembaziran, maka ia perlu digabungkan atau dikepit
dengan keratan atau tongkol seterusnya.
Pemarut
biasanya digunakan untuk memarut dalam kuantiti yang sedikit. Pemarut yang kecil
mudah untuk diletak di dalam pingan atau besin kecil yang digunakan menadah hasil
parutan itu.
No comments:
Post a Comment