Penglibatan
golongan ulama dalam dalam politik dan sudah tentu akan menyokong parti politik
yang disertai. Dalam hal ini, mereka sendiri selayaknya dipanggil pemimpin dan bukan lagi maksud
ulama yang diharapkan menjadi penasihat kepada pemimpin.
Sebagai
golongan yang dihormati dan dipandang tinggi dalam sebuah negara Islam, ulama
yang berpolitik menyebabkan kata-kata mereka ditakrif sebagai ahli politik oleh
setengah pihak dan pihak lain pula menganggap sebagai ulama.
Keadaan ini dapat dilihat apabila ulama yang berpolitik sering mengikut keputusan parti politik yang disertai atau disokong, berbanding menggunakan hujah agama dalam membincangkan sesuatu isu.
Keadaan ini dapat dilihat apabila ulama yang berpolitik sering mengikut keputusan parti politik yang disertai atau disokong, berbanding menggunakan hujah agama dalam membincangkan sesuatu isu.
Pada
zaman al-Ghazali, ulama memainkan peranan yang cukup besar bagi memastikan
penguasa tidak menyalahgunakan kuasa dengan sewenang-wenangnya.
Nabi
Muhammad SAW bersabda: ”Sebaik-baik syuhada’ (mati syahid) adalah Hamzah Abd.
al-Muthalib, kemudian orang yang berdiri di hadapan imam lalu memerintahnya
(berbuat ma’ruf) dan mencegahnya (dari berbuat yang mungkar) kerana Allah, lalu
ia terbunuh untuk itu”.
Institusi
ulama belum berjalan dengan baik dan berkesan kerana segelintir ulama lebih
cenderung untuk berpolitik serta membentuk gaya kepimpinan yang eksklusif,
berada dalam kelompoknya dan hidup secara berasingan.
Apabila
ada ulama yang berdampingan dengan pemimpin yang berkuasa, ulama berkenaan
dikaitkan pula dengan istilah ulama suu’, ulama yang boleh dibeli dan tidak
membuat penilaian secara berilmu.
Tuduhan
sedemikian menyebabkan jarak antara ulama dan umara menjadi renggang, maka
sebagai pemimpin yang berkuasa, jarak tersebut perlu didekatkan melalui
program-program tertentu.
Kegagalan
ulama dalam menjernihkan persoalan atau krisis yang berbangkit sesungguhnya
akan mencetuskan persoalan mengenai kewibawaan ulama itu sendiri.
Para
ulama yang menyokong parti-parti politik ini akan menegakkan perjuangan politik
masing-masing melalui tindakan memutar-belitkan ayat-ayat al Quran supaya umat
Islam terpengaruh dengan menyokong mereka.
Akibatnya,
umat Islam yang selama ini mengharapkan peranan ulama untuk menjadi titik
penamat terhadap konflik antara mereka menjadi semakin berkecamuk.
Sememangnya
kita tidak pasti sehingga bilakah sikap taksub kelompok ulama yang terlibat
dalam politik terhadap parti atau pemimpin mereka akan berterusan.
Tetapi di dalam Islam sudah dinyatakan dengan jelas antara ulama sejati (ulama khoir) yang berakhlak mulia dengan ulama su' iaitu ulama yang berakhlak buruk.
Kitakan
Islam. Amalkan apa yang
disuruh Allah SWT dan menjauhkan apa yang dilarang.
No comments:
Post a Comment