Lihat sahaja gambar mesin memproses padi di
atas. Ukurannya kecil dan mudah ditempatkan di kawasan kecil dan senang
dipindahkan dari satu tempat ke satu tempat.
Kalau dahulu, sebut sahaja mesin memproses padi menjadi beras, ukurannya memang besar. Perlu beroperasi dalam tempat atau kilang yang luas. Paling kecil mesin memproses padi pada masa dahulu memerlukan kawasan 10 meter kali 2 meter. Itu hanya baru untuk meletak mesin.

Dengan mesin mini memproses padi, hanya kawasan
kecil diperlukan. Sudah namanya mini, kuantiti yang mampu diproses juga sedikit
untuk satu-satu tempoh masa, tetapi sudah dianggap ‘cekap’ dan maksimun untuk
satu ukuran mesin yang kecil dan kos yang rendah.
Tulisan ini bukan ingin mempromosi mesin mini
memproses padi menjadi beras gambar di atas, tetapi bercakap tentang wujudnya
mesin-mesin mini seperti itu.
Sebenarnya banyak lagi mesin memproses beras mini yang ada di pasaran. Dengan anggaran harga RM2000 hingga RM5000 anda sudah boleh membeli mesin mini memproses padi menjadi beras seumpama ini.

No comments:
Post a Comment