Saya
ada RM 1, awak ada RM 1. Kalau kita tukar suka sama suka RM 1 itu, kita masih
lagi ada RM 1 masing-masing.
Tapi,
kalau saya ada 1 ilmu dan awak 1 ilmu, kemudian kita betukar-tukar ilmu itu, masing-masing
akan ada 2 ilmu".
Kalau
kita menggunakan harta akan berkurangan, tetapi jika menggunakan ilmu ia akan bertambah
kerana mendapat pengalaman baru dan agar ia tidak dilupakan.
Sebab
itu kita kena tingkatkan perkongsian dan penggunaan ilmu. Jangan simpan ilmu hanya
di dalam dada atau buku. Ia perlu dimanfaatkan untuk keuntungan bersama.
No comments:
Post a Comment