Rezeki
boleh datang dalam pelbagai bentuk. Ada yang mudah diperoleh dan setengahnya pula
perlu kepada cara yang sukar dan berbahaya, tetapi hasilnya berbaloi.
Tetapi,
kadang-kadang rezeki itu dalam serentak yang perlu kepada kesukaran, tetapi
hasilnya dapat dua iaitu yang sukar itu dan diikuti dengan mudah untuk mendapat
apa yang biasanya senang diperoleh.
Sebaliknya,
jika tidak dibuat yang payah itu, maka yang biasanya mudah diperoleh itu juga
tidak akan dapat.
Tengok
gambar. Sarang lebah dan buah dokong. Kedua-duanya itu adalah rezeki. Rezeki madu
lebah dan buah dokong.
Namun,
untuk mendapatkan madu lebah perlu ada cara yang tertentu. Tidak semua orang
berani berdepan dengan kumpulan lebah. Boleh mendatangkah bahaya jika tidak mahir
menguruskan kumpulan lebah.
Dalam
masa sama, tanpa dibuat apa-apa kepada sarang lebah itu, maka tidak juga boleh untuk
mendapatkan buah dokong itu. Walaupun dikait menggunakan galah, ada kemungkinan
kumpulan lebah akan menyerang.
Jadi,
apa perlu dibuat? Tinggalkan kedua-duanya, atau mendapat kedua-duanya? Rugi jika ditinggalkan begitu sahaja. Jika diusahakan akan dapat kedua-duanya sekali.
Terpulang
kepada anda membuat keputusannya. Jangan mengeluh, tetapi perlu berusaha.
No comments:
Post a Comment