Masih
banyak orang tidak kenal pisang kaki. Kalau tidak kenal pisang kaki, pasti
tidak tahu cara hendak makan buah yang juga dikenali dengan nama kesmak dan persimmon.
Pisang
kaki (Diospyros kaki) merupakan sejanis buah-buahan dari keluarga Ebenaceae
yang tumbuh di negara mempunyai 4 musim dan di kawasan tropika yang sesuai.
Pisang
kaki ada ditanam di negara kita, tetapi tidak banyak. Jadi, yang ada dijual itu
adalah diimport dari China dan Korea Selatan. Dari negara lain pun ada juga.
Terdapat
perbezaan antara buah pisang kaki dari Korea dan buah pisang kaki dari negara
China. Buah pisang kaki dari negara Korea lebih keras, pejal dan rangup serta
manis dan tentu sekali harga buah pisang kaki dari Korea lebih mahal dari
pisang kaki dari Negara China yang lebih lembut dan murah.
Cara hendak makan buah pisang kaki mudah sahaja.
Boleh dimakan mentah atau segar seperti kebanyakan buah lain.
Selepas dicuci, boleh terus dimakan. Kalau hendak
mudah dimakan, belahkan dahulu. Kemudian buat jurai atau potong memanjang
seperti biasa dibuat macam buah epal.
Kulit tidak perlu dibuang kerana ia lembut.
Boleh dimakan bersama kulit. Namun ada juga yang membuang kulitnya mengikut
citarasa masing-masing.
Buah
pisang kaki ada biji yang boleh dijadikan biji benih jika ingin menanamnya.
Jadi, buang biji itu agar tidak tertelan ketika makan. Rasa dia memang manis,
rangup sikit, berjus dan sangat segar.
Buah
pisang kaki kaya dengan vitamin A, mineral dan antioksida yang penting untuk
kesihatan. Kadar kalorinya rendah.
Buah
pisang kaki memiliki kandungan nutrisi seperti vitamin A, vitamin C, vitamin E,
vitamin K, karbohidrat, serat, protein, kolin, niasin, tiamin, riboflavin,
piridoksina, asid folik, kalium, kalsium, tembaga, zat besi, magnesium, mangan,
fosfor, beta-karotena, zink dan likopen.
Antara
khasiat buah ini ianya boleh menurunkan tekanan darah tinggi, meningkat
pengaliran darah dalam pembuluh darah koronori, mengatasi masalah sembelit dan
meredakan sedu. Buah ini juga amat baik untuk paru-paru dan jantung.
No comments:
Post a Comment