Masalah
jalan rosak dan berlopak sentiasa berlaku di mana-mana. Biarpun aduan telah dibuat
kepada pihak yang bertanggungjawab menguruskan jalan berkenaan, tindakan untuk
membaikinya mengambil masa. Tambah lagi jika ia bukan jalan utama.
Macam-macam alasan diberikan. Paling kerap diberikan ialah menanti peruntukan dari pihak atasan. Atau, tiada peruntukan.
Kerosakan jalan memang boleh membahayakan pengguna dan merosakkan kenderaan. Banyak kes kerosakan jalan menyebabkan maut.
Penduduk setempat memang ‘geram’ jika keadaan tidak diambil tindakan sewajarnya.
Sebab itu, ada penduduk mengambil tindakan protes dengan menanam pokok di lopak atau tempat yang berlubang dalam.
Diharapkan pihak bertanggungjawab menyelenggara jalan bertindakan proaktif untuk membaiki sebarang kerosakan agara tidak berlaku perkara tidak diingini.
Jangan tunggu bila ada menteri jatuh akibat jalan rosak baharu hendak bertindak.
No comments:
Post a Comment