Lelaki
di dalam gambar ini bukan penternak lembu, biarpun nampak tiga ekor lembu di
situ. Dia sebenarnya meminta kebenaran penternak lembu itu untuk mengambil tahi
lembu.
Tahi
lembu kini menjadi bahan ‘bernilai’ apabila ada yang menjualnya secara dalam
talian mahupun melalui e-dagang.
Jadi,
kalau anda mendapatnya secara percuma, itu kira sudah bernasib baik.
Tahi
atau najis lembu ialah sisa hasil pencernaan lembu. Ia juga sama seperti
tahi haiwan dari subfamili Bovinae lainnya.
Tahi
lembu atau lebih manis dipanggil tinja mempunyai warna yang berubah dari
kehijauan sehingga kehitaman, tergantung makanan yang dimakan lembu. Selepas
terdedah di udara, warna tahi lembu cenderung menjadi gelap.
Tahi
lembu biasanya digunakan sebagai baja untuk tanaman. Tahi lembu menjadi
habitat bagi pelbagai jenis organisma yang memecahkan kandungan nutrien yang
terdapat di dalamnya untuk dikitar semula dan disatukan dengan molekul tanah.
Baja
tahi lembu bukan sahaja memberi nutrien diperlukan pokok, tetapi juga dapat
menggemburkan tanah yang membantu sistem pengudaraan dan perkembangan akar.
No comments:
Post a Comment