Mengapakah iklan amat penting sehingga syarikat sanggup menyediakan peruntukan yang besar untuk pengiklanan? Terdapat syarikat memperuntukkan kira-kira 60 peratus daripada perbelanjaan operasi syarikat untuk iklan.
Inilah realitinya sehingga menyebabkan setiap hari pengguna disajikan dengan pelbagai iklan melalui televisyen, radio, akhbar, majalan, risalah, papan iklan dan sebagainya.
Sememangnya peranan iklan amat besar dalam membantu memasarkan sesuatu barangan atau perkhidmatan. Melalui iklan memudahkan pembeli membuat pilihan atau mengetahui tentang sesuatu barang dan perkhidmatan yang terdapat di dalam pasaran yang ditawarkan untuk mereka.
Dalam hal ini keberkesanan iklan amat penting. Kreativiti dan ‘nilai’ iklan banyak mempengaruhi kejayaan matlamat iklan itu sebenarnya.
Sebab itu agensi pengiklanan mempunyai tenaga kepakaran khusus untuk menghasilkan iklan yang menarik dan menepati kehendak pengiklan.
Medium pengiklanan yang didapati paling mendapat pilihan pengiklan ialah media elektronik, khususnya televisyen.
Biarpun perbelanjaan iklan melalui televisyen melibtkan kos yang tinggi, ia berbaloi.
Iklan melalui televisyen boleh menampilkan mesej yang lebih berkesan kepada khalayak yang ramai. Siaran televisyen ditonton oleh jumlah yang lebih ramai berbanding dengan mediaum lain.
Jadi, sasarannya lebih meluas dan kebarangkalian ia berjaya mencapai sasaran yang dimaksudkan akan lebih besar.
Tambahan pula kreativiti agensi pengiklanan menghasilkan iklan untuk siaran televisyen lebih bermacam ‘ragam’ dan pendekatan yang digunakan lebih khusus.
Perhatikan daya kreativiti tenaga agensi pengiklanan menyediakan iklan yang mampu menyebabkan penonton terkejut, tertanya-tanya, seronok, sayu dan sebagainya apabila ia disiarkan di kaca televisyen.
No comments:
Post a Comment