Banyak pelajar bercita-cita ingin belajar di asrama penuh. Begitu juga dengan ibu bapa pasti berbangga jika anak mereka belajar di sekolah asrama penuh.
Minat belajar di asrama
penuh timbul dari reputasi pelajar yang mendapat kejayaan cemerlang dalam
peperiksaan awam yang diadakan seperti PT3 dan SPM.
Selain itu, belajar di
asrama penuh mampu mendidik pelajar berdikari. Pelajar tinggal di asrama perlu
mengurus sendiri keperluan harian seperti membasuh baju, melipat baju, membasuh
kasut dan sebagainya.
Mereka tidak boleh
mengharapkan ibu bapa atau rakan-rakan lain membantu. Masing-masing perlu
melakukan sendiri.
Membina keyakinan diri adalah
antara sifat pelajar asrama penuh. Mereka perlu yakin untuk hidup tanpa ibu
bapa di sisi. Individu terdekat sepanjang tinggal di asrama hanyalah
rakan-rakan dan guru.
Satu lagi kelebihan
belajar di asrama penuh ialah pelajar berpeluang mengikuti kokurikulum teratur.
Ini memandangkan mereka tinggal di asrama.
Mudah pihak sekolah
menguruskan aktiviti mengikut masa yang sesuai. Pelajar juga mempunyai masa
lebih kerana tidak terganggu dengan masa pergi dan balik sekolah setiap hari
seperti pelajar sekolah harian.
Memandangkan pelajar
tinggal di asrama, mereka sering bersaing sesama mereka semasa belajar.
Semangat belajar timbul apabila lihat rakan-rakan yang lain tekun belajar.
Jadi, mereka akan berasa
‘bersalah’ jika tidak belajar. Tambahan lagi, jika dalam peperiksaan dirinya
ketinggalan berbanding rakan lain.
Pihak sekolah asrama penuh
memberi perhatian lebih kepada pelajarnya. Ini bagi memastikan pelajar yang
telah terpilih dari seluruh negara tidak mempersia-siakan kemampuan yang
sememangnya lebih baik berbanding rakan-rakan yang lain. Mereka pelajar
terpilih.
Selain itu, pihak
pengurusan perlu mempertahankan reputasi sekolah berasrama penuh. Tentu, mereka
tidak mahu dikalahkan oleh sekolah harian biasa dalam melahirkan pelajar
cemerlang.
Satu lagi kelebihan
sekolah asrama penuh ialah semua kemudahan pembelajaran disediakan oleh pihak
sekolah.
Kemudahan ini memberi
banyak kelebihan, terutama kepada pelajar miskin. Kemudahan itu tidak mampu
disediakan oleh keluarga jika tinggal di rumah.
Gambar: Pantai Nusuk Kampung Tanjung Kuala Sabak. Sekadar gambar hiasan.
No comments:
Post a Comment