Banyak
mungkin tidak tahu bahawa susu jenama "Farm Fresh" sebelumnya milik
100% Malaysia.
Syarikat
Holstein Milk Company yang membina jenama ini dimulakan pada bulan Mei 2010
oleh Encik Loi Tuan Ee yang mengajak Encik Azmi Zainal menjadi rakan perniagaan
untuk menerajui industri tenusu kita.
Masa
itu, mereka masih perniagaan yang kecil. Cuma ada 60 ekor lembu sahaja.
Tidak
lama kemudian, Khazanah Nasional melabur di dalam syarikat tersebut untuk
memiliki kepentingan saham 30%.
Syarikat
itu juga dipilih sebagai projek permulaan (EPP) 13 untuk memenuhi sasaran
Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) dalam Pelan Transformasi Ekonomi (ETP)
kerajaan BN dahulu untuk mengurangan kebergantungan negara kepada hasil tenusu
import.
Sebagai
sebuah syarikat di bawah EPP negara, syarikat Holstein itu menerima banyak
bantuan dari kerajaan bagi mencapai matlamat Transformasi Negara.
Selari
dengan sasaran itu, kerajaan BN dahulu mewujudkan Pusat Penyelidikan dan
Inovasi Lembu Muadzam Shah (MSCRIC) di Pahang pada tahun 2012.
Kemudiannya,
kawasan itu juga dinamakan sebagai Lembah Tenusu Muadzam.
Lembah
tenusu ini amat berjaya dan ramai petani tempatan diberi peluang menternak
lembu tenusu untuk membekal kepada syarikat Holstein dan syarikat-syarikat susu
yang lain.
Tak
sampai 10 tahun, syarikat Holstein dengan jenama "Farm Fresh" dengan
sokongan kerajaan BN dahulu telah berjaya menguasai sehingga 36% dari pasaran
susu segar tempatan dan menjadi jenama susu nombor satu negara serta
mengalahkan jenama-jenama asing terkenal yang sudah berpuluh tahun lamanya
menguasai pasaran tempatan.
Akhirnya
projek ini berjaya, matlamat transformasi untuk kurangkan kebergantungan pada
makanan import serta menguatkan keselamatan makanan negara tercapai.
Khazanah
untung berlipat ganda dengan pelaburannya, berpuluh ribu peluang pekerjaan,
penternakan serta perniagaan tempatan diwujudkan dan masa depan syarikat Farm
Fresh lebih terjamin dengan penyenaraiannya di Bursa Malaysia pada nilai RM2
bilion.
Sumber FB Najib Razak
No comments:
Post a Comment