Pas
parti besar dengan ahli sejuta orang dengan jumlah 800 ribu orang dianggap
aktif. Pas ada 189 kawasan (parlimen) di seluruh negara.
Sebab
itu, mengikut Presiden Pas, parti itu ada cara tersendiri dalam mendepani
cabaran politik negara, termasuk dalam menghadapi PRN Johor.
Untuk
itu, Pas bukan parti minta sedekah. Pas ada kekuatan dan ada pengaruh. Hakikat
itu perlu disedari oleh kawan dan lawan Pas. Jangan pandang rendah kepada
kemampuan Pas dalam mencaturkan kedudukan dalam kancah politik negara.
Memandangkan
medan terdekat cabaran politik negara ialah PRN Johor, elok kita melihat ke
belakang sedikit tentang prestasi Pas di Johor pada PRU14 lepas.
Dalam
PRU14 lepas prestasi Pas di negeri Johor adalah seperti berikut:
PARLIMEN:
Bertanding:
20 kerusi
Menang:
0 kerusi
Kalah:
20 kerusi
Hilang
deposit: 19
DUN:
Bertanding:
41 kerusi
Menang:
1 kerusi
Kalah:
40 kerusi
Hilang
deposit: 36 kerusi.
No comments:
Post a Comment