Serondeng (biasa dieja
serunding) merupakan sejenis masakan daripada siatan daging, ayam, ikan dan
sebagainya yang dimasak bersama santan dan rempah-rempah sehingga kering.
Tahukah anda, pengusaha
serondeng pertama di Kampung Maras, Kota Bharu menceritakan bahawa industri
serondeng yang diusahakan keluarganya sejak lima generasi dahulu bermula tanpa
sengaja.
Menurut cerita, di Kampung
Maras terdapat seorang peniaga daging lembu yang menyembelih sendiri lembu dan
kemudian daging dijual pasar di bandar Kota Bharu.
Adat berniaga, ada kalanya
daging yang dijual tidak habis. Ketika itu peniaga tersebut tidak mempunyai peti
sejuk untuk digunakan menyimpan daging untuk mengelak ia menjadi busuk atau
rosak.
Jadi, daging yang tidak
laku itu dimasak menjadi gulai untuk dijual pada keesokkannya. Dengan cara itu
ia dapat mengelak kerugian daging menjadi busuk.
Seperti juga daging segar,
ada kalanya daging yang sudah digulai juga tidak habis. Ia dibawa pulang dan
kemudian dipanaskan lagi menyebabkan kuah semakin sedikit dan daging menjadi
hancur.
Ketika dibawa semula ke
pasar, ia tidak dicampur dengan yang baharu. Keadaannya kurang berkuah dan
daging sedikit hancur.
Menariknya, gulai yang
sudah dimasak berkali-kali itu ada peminat tersendiri. Ia dijual sehingga
habis. Bahkan, ada yang meminta agar dibuatkan sedemikian.
Bermula dari situlah,
pengusaha daging itu memasak gulai sehingga kurang kuahnya dan daging menjadi
hancur, bukan dari gulai lebihan, tetapi menggunakan daging segar.
Asalnya, kuah masih ada
atau dalam keadaan separuh kering, akhirnya daging yang dimasak itu dikacau
sehingga kering kuahnya dan menjadi ketulan atau gumpalan daging kering.
Dari situlah kemudiannya
daging disiat untuk menjadikan serondeng seperti ada sekarang. Kalau dahulunya
ia menggunakan rempah membuat gulai, ia telah ditukar kepada rempah khusus
membuat membuat serondeng.
Begitulah sejarah
bermulanya industri serondeng di Kampung Maras, yang kemudiannya berkembang ke
seluruh Kelantan, termasuk di Kampung Laut yang terkenal sebagai lokasi
industri serondeng.
Dapatkan serondeng secara dalam talian.
Cepat, mudah, murah.
Klik pautan di bawah.
No comments:
Post a Comment