Tuesday, 11 April 2023

KEDAI ROTI DESA EMPIRE PASIR TUMBOH

 
Kedai Roti Desa Empire satu jenama yang sudah sinonim dengan penduduk sekitar Pasir Tumboh. Kedai Roti Desa Empire telah beroperasi lebih 30 tahun di lokasi sekarang iaitu Bangunan Desa Darul Naim, Jalan Kota Bharu – Pasir Puteh. Jadi, ia telah mempunyai banyak pembeli setia.
 
Pelbagai jenis roti disediakan yang sentiasa mendapat permintaan peminat setianya. Rotinya bukan sahaja sedap, tetapi juga berkualiti menyebabkan mengapa ia digemari ramai.
 
Selain roti pelbagai jenis dan cita rasa, roti bata dan roti bun kecil sangat lembut dan sedap tetap menjadi pilihan ramai.
 
Selain di Pasir Tumboh, Kedai Roti Desa Empire juga ada cawangan di Nilam Puri, Jalan Kota Bharu – Kuala Krai.

No comments:

Post a Comment