Minat menghisap rokok masih menjadi amalan
kebanyakan penduduk dunia. Disebabkan pengeluaran atau penanaman pokok tembakau
semakin berkurangan, sedangkan permintaan terhadap rokok masih tinggi, maka
bahan asas altenatif menggantikan daun tembakau dicari.
Tahukah anda, kini daun keladi bersaiz
besar telah dijadikan sebagai ganti kepada daun tembakau dalam penghasilan
rokok.
Keladi atau dikenali talas beneng di
Indonesia telah digunakan sebagai ganti tembakau untuk penghasilan rokok. Untuk
proses pengolahan daun keladi hampir sama dengan daun tembakau. Dimulai dengan pemetikan,
pemotongan (diricih), penjemuran dan dibungkus.
Daun keladi yang dihasilkan di Indonesia
kini telah dieksport ke luar negara, terutama di Eropah. Permintaannya amat
tinggi.
Daun keladi yang telah diricih kemudian
dijemur hingga benar-benar kering. Warna dan tekstur keladi kering ini mirip
dengan ricihan daun tembakau.
Daun keladi diproses menjadi rokok dengan
pelbagai perisa seperti kopi, pisang, vanila dan lain-lain. Mirip seperti rokok
elektrik vape yang ada banyak rasa dan bau.
Di Indonesia, penanaman keladi untuk tujuan
mendapatkan daun semakin meningkat. Penanam mendapat tiga keuntungan iaitu ubi,
batang dan daun. Dengan kata lain, semua bahagian pokok keladi boleh dimanfaatkan.
Pokok keladi biasanya sudah boleh dituai
dalam tempoh tiga hingga empat bulan mengikut jenisnya. Proses penanaman dan penjagaan
pokok keladi juga mudah dan tidak mudah terkena serangan penyakit.
No comments:
Post a Comment