Pokok
mata ayam, juga dikenali sebagai pokok mata pelandok betina, pokok akar beluloh,
pokok sirih puyoh dan beberapa nama lain mengikut tempat masing-masing ialah
tumbuhan renek tropika dalam famili Myrsinaceae.
Berbatang
berkayu ini mudah dijumpai tumbuh liar di kawasan kebun getah dan kawasan hutan
hujan tropika.
Pokok
mata ayam berada dalam keluarga yang sama dengan kacip fatimah dan jika dilihat
bentuk daunnya juga hampir menyerupai daun kacip fatimah.
Ia
membiak melalui biji benih dan keratan batang. Tumbuhan jenis kekal ini boleh
mencapai ketinggian hingga 1.2 meter.
Daunnya
berbentuk runcing dengan tepi yang bergerigis. Bunganya kecil berbentuk seperti
bintang dan berwarna merah jambu.
Buahnya
pula kecil berbentuk beri, berwarna merah darah dan berkilat apabila ranum.
Ia
memerlukan saliran yang baik dan tanah yang lembab. Ia boleh ditanam di dalam
pasu sebagai tumbuhan hiasan.
Buahnya
boleh dimakan dan daunnya boleh dijadikan ulam. Ia juga sesuai ditanam sebagai
tumbuhan pagar.
Pokok
mata ayam akan cantik merimbun jika selalu dipangkas. Tumbuhan ini berpotensi
untuk dijinakkan menjadi tumbuhan hiasan yang menarik, malah selamat kerana
buahnya tidak beracun dan boleh dimakan.
Tambahan
pula pucuknya yang mempunyai rasa sedikit masam sedap dijadikan ulam.
Akarnya
boleh digunakan untuk melegakan kesakitan (analgesik yang lemah). Ia juga dapat menyingkirkan toksid dari badan
dan menyucikan darah.
Akarnya
juga dapat menurunkan demam panas dan melancarkan perjalanan darah. Caranya
akar mata ayam direbus dan airnya diminum.
Daunnya
pula boleh dijadikan penawar untuk sengatan binatang berbisa seperti lipan dan
kala jengking. Caranya daunnya dilumatkan dan ditampal pada bahagian yang
terkena gigitan.
Ia
juga dikatakan dapat meneutralkan kesan keracunan dan merawat radang dan batuk.
No comments:
Post a Comment