Sunday, 20 June 2021

MAKSUD 'BERADU' DIALEK KELANTAN

Perkataan ‘beradu’ dalam bahasa baku ada beberapa maksud. Pertamanya bermaksud tidur yang digunakan di kalangan keturunan raja. Keduanya membawa maksud bertanding atau berlawan.

Manakala perkataan ‘beradu’ dalam dialek Kelantan bermaksud berehat atau berhenti dalam melakukan sesuatu. 

Perkataan "beradu" juga digunakan dalam dialek Kelantan untuk membawa maksud bertanding atau berlawan. 

Istilah beradu juga sama maksud dengan "tewah" yang digunakan dalam dialek Kelantan. 

No comments:

Post a Comment