Sejarah menunjukkan emas diguna pakai sebagai alat
pertukaran dalam perdagangan dahulu. Emas digunakan kerajaan Rom Byzantine
secara meluas sejak sebelum kedatangan Islam.
Pada zaman awal kedatangan Islam, syiling daripada kerajaan
Rom dan Parsi digunakan secara meluas orang Islam. Emas dan perak dijadikan
sebagai ukuran kepada unit timbangan kepada harga dan upah.
Penggunaan emas sebagai mata wang dalam sistem ekonomi Islam
adalah bertepatan dengan penegahan atau tidak digalakkan sistem barter atau
pertukaran barang dengan barang.
Di dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim,
maksudnya, "Bahawa Rasulullah mengutus saudara Bani Adi Al-Anshari sebagai
wakil beliau di Khaibar. Kemudian ia datang membawa kurma janib (kurma bermutu
baik).
Rasulullah SAW bertanya kepadanya: "Apakah semua kurma
Khaibar seperti ini? Dia menjawab: Tidak, demi Allah, wahai Rasulullah, kami
membeli satu sha`kurma ini dengan dua sha` kurma yang kurang baik mutunya.
Rasulullah bersabda: "Janganlah kamu berbuat demikian.
Tetapi tukarlah dengan yang sejenis, atau juallah ini (kurma yang kurang baik
mutunya) lalu belilah kurma yang baik dengan wang penjualannya dan demikian
juga dengan timbangan."
Demi keadilan, barangan yang hendak didagangkan adalah sebaiknya
dijual terlebih dulu dan tidak ditukarkan secara terus dengan barangan lain.
Dengan ini emas dan perak dijadikan perantara dalam sistem
perdagangan Islam biarpun pada peringkat awalnya menggunakan siling emas
kerajaan Rom.
Orang Islam tidak lagi menggunakan syiling Rom dan Parsi
apabila pada 77 Hijrah (696 Masihi) ketika zaman pemerintahan Khalifah Abul
Walid Abd al-Malik ibn Marwan, emas pertama ditempa.

No comments:
Post a Comment