Thursday, 8 June 2023

SENARAI PIHAK BERKUASA TEMPATAN DI KELANTAN

 
Pihak berkuasa tempatan (PBT) di Malaysia merupakan kerajaan di peringkat paling rendah dalam sesuatu sistem kerajaan di Malaysia. Ia berkuasa untuk mengenakan cukai yang terhad seperti cukai pintu. Selain itu agensi kerajaan ini boleh menguatkuasakan undang-undang kecil (atau by-laws) kepada penduduk yang berada di dalam kawasan pentadbiran mereka.
 
Lazimnya pegawai tertinggi di dalam kerajaan tempatan dipanggil datuk bandar bagi bandar raya, manakala yang di-pertua majlis atau presiden bagi kawasan perbandaran dan juga majlis-majlis daerah.
 
Dalam Perlembagaan Persekutuan, PBT diletakkan di bawah Senarai Negeri, yakni kerajaan negeri berkuasa penuh dalam pengurusan pihak berkuasa tempatan.
 
Namun begitu, ketika negara ini menghadapi ancaman komunis sekitar 1970-an, kerajaan Persekutuan telah memperkenalkan Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) yang telah merombak semula sistem PBT di negara ini dan meletakkan sebahagian kuasa yang sebelum ini berada sepenuhnya di peringkat Negeri ke penyeliaan kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Sejak dari itu, penarafan sesebuah bandar raya hanya sah dibuat melalui penganugerahan watikah yang ditandatangani oleh Yang di-Pertuan Agong dan dilengkapi dengan cop mohor kerajaan persekutuan.
 
Terdapat syarat untuk menamakan atau mengkategorikan sesebuah PBT sama ada bandar raya, majlis perbandaran atau daerah.
 
Sebagai contoh, untuk mendapat status bandar raya, bandar itu mempunyai jumlah penduduk tidak kurang daripada 500 ribu orang dan hasil pendapatan setahun tidak kurang RM100 juta.
 
Status majlis perbandaran pula ialah jumlah penduduk yang melebihi 150,000 orang dan hasil tahunan melebihi RM20 juta.
 
Manakala untuk mendapat status majlis daerah ialah jumlah penduduk kurang daripada 150,000 orang dan hasil tahunan kurang daripada 20 juta.
 
PBT di Kelantan berstatus majlis perbandaran:
1. Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam.

PBT di Kelantan berstatus majlis daerah:
1. Majlis Daerah Pasir Mas
2. Majlis Daerah Pasir Puteh
3. Majlis Daerah Jeli
4. Majlis Daerah Dabong
5. Majlis Daerah Gua Musang
6. Majlis Daerah Kuala Krai
7. Majlis Daerah Machang
8. Majlis Daerah Tanah Merah
9. Majlis Daerah Ketereh
10. Majlis Daerah Bachok
11. Majlis Daerah Tumpat

No comments:

Post a Comment