Orang bisnes tidak boleh bergaduh. Tidak
boleh mengata sesiapa. Tidak boleh sabotaj perniagaan atau produk orang lain.
Perbuatan itu nanti akan menyebab duit lari. Kesan akan kita tanggung lambat laun.
Maka, berniagalah dengan baik-baik.
Berkongsi untung dan peluang untuk maju dalam perniagaan. Saling membantu dan
menyokong antara satu sama lain. Wujudkan persekitaran perniagaan yang harmoni
dan baik.
Jika kita kurang pelanggan berbanding
pesaing, jangan lakukan perbuatan menyalahi etika perniagaan. Sebaliknya
buatlah kajian mengapa perkara itu berlaku. Muhasabah diri sendiri. Paling
penting lihat kelemahan sendiri. Berdasarkan keadaan itu, baikilah diri dan urus
perniagaan dengan lebih memenuhi kehendak pelanggan.
Jangan bergaduh dan berebut pelanggan
dengan cara tidak sepatutnya. Kalau kita buat baik dan bersyukur, Allah akan tambahkan
rezeki kita. JIka tidak dapat hari ini, mungkin pada masa lain. Yakinlah dengan
janji-janji Allah mengenai rezeki. Allah tidak akan mempersia-siakan usaha hamba-Nya.
No comments:
Post a Comment