Bidang pertanian sentiasa
berkembang dan perlukan kajian untuk hasil lebih baik dan kuantiti
lebih banyak. Sebab itu, untuk maju dalam bidang pertanian perlukan kepada ilmu
dan kajian berterusan, Justeru, penglibatan golongan bijak pandai yang
mementingkan semangat, inovasi dan kesungguhan untuk memajukan bidang pertanian
melalui kajian sains amat diperlukan.
Bidang pertanian bukan sektor kuno biarpun telah wujud sejak awal penghidupan manusia di dunia ini. Aktiviti pertanian wujud di mana-mana sahaja bagi memenuhi keperluan sumber makanan.
Sains pertanian adalah bidang biologi
multidisiplin yang luas yang merangkumi bahagian-bahagian ilmu yang tepat,
semula jadi, ekonomi dan sosial yang digunakan dalam amalan dan pemahaman
pertanian.
Sains pertanian merupakan satu pengajian
sanitifik yang mengandungi prinsip amalan dalam penanaman, penternakan, teknologi
dan pengurusan ladang.
Perkara lain perlu diketahui berkaitan
sains pertanian ialah pengetahuan dan kefahaman mengenai faktor-faktor yang
mempengaruhi tanaman dan ternakan, serta perladangan sebagai suatu perniagaan.
Ia juga merangkumi pengetahuan dan
pemahaman mengenai faktor-faktor yang mempengaruhi tanaman dan ternakan serta
perladangan sebagai suatu perniagaan bagi membolehkan pelajar berdikari dan
menyumbang kepada kesejahteraan negara.
Teknologi dalam pertanian penting agar kemajuan
sektor pertanian mengikut arus perkembangan semasa.
No comments:
Post a Comment