Tuesday, 18 February 2025

MEMAHAMI TENTANG ANGKA

 
Hidup seharian kita tidak lepas daripada angka. Kita perlu memahami tentang angka kerana ia berkaitan ibadah, ekonomi, kehidupan, sosial dan sebagainya. Daripada angka akan terciptalah statistik, graf, carta dan pelbagai lagi analisis berdasarkan angka yang dikumpulkan yang dipaparkan di atas kertas.
 
Semua itu digunakan sebagai suatu ukuran tentang kejayaan atau kegagalan, perancangan masa depan, pelarasan, anugerah, hukuman dan macam-macam lagi.
 
Pun begitu, angka-angka itu tidak sepenuhnya tepat bagi menggambarkan realiti sebenar kehidupan. Banyak faktor lain menyumbang kepada nilai kehidupan sebenar. Ia bersifat subjektif dan abstrak.
 
Pun begitu, angka tetap digunakan sebagai kayu pengukur kepada kehidupan. Angka menjadi penentu kepada banyak perkara dalam kehidupan sama ada kita suka atau tidak.
 
Angka tentang peratusan rakyat yang menambah kekayaan berbanding sebelumnya tidak membawa apa-apa erti kepada mereka yang tidak bertambah pendapatannya, dan lebih parah lagi menjadi “sakit hati” kepada mereka yang hilang pendapatan.
 
Peningkatan KDNK tidak memberi apa-apa makna kepada mereka yang kehidupan semakan terhimpit dan gawat.
 
Sebab itu, kita jangan berbangga atau berpuas hati semata-mata dengan angka. Lihatlah secara rasional kepada setiap perkara yang realiti berada di sekeliling kita. Terimalah hakikat kehidupan.
 
Pemimpin perlu berada di lapangan bersama-sama rakyat untuk memahami keadaan sebernar. Selami setiap permasalahan mereka dan cari sebaik-baik jalan untuk selesaikan. Jangan buat-buat terkejut dengan realiti yang dihadapi oleh rakyat.

No comments:

Post a Comment