Friday, 11 April 2025

PERKHIDMATAN KERETA API LRT

 
Perkhidmatan Transit Kereta Api Ringan (LRT) adalah salah satu perkhidmatan awam yang dikendalikan oleh Rapid Rail Sdn Bhd, yang merupakan subsidiari kepada Prasarana Malaysia Berhad.

Pada masa ini terdapat tiga laluan LRT yang beroperasi iaitu Laluan Kelana Jaya, Laluan Sri Petaling dan Laluan Ampang.

Laluan LRT Ampang memulakan operasi pada 16 Disember 1996 dan mula-mula dikenali sebagai STAR (Sistem Transit Aliran Ringan). Laluan ini mempunyai 18 stesen dan meliputi jarak 27 kilometer. Ia bermula dari Stesen LRT Ampang di Selangor dan berakhir di Stesen LRT Sentul Timur di Kuala Lumpur. Laluan ini juga melalui beberapa lokasi utama seperti Pudu, Hang Tuah, dan Masjid Jamek.

Laluan LRT Sri Petaling juga daripada rangkaian asal STAR melibatkan dari Stesen LRT Sentul Timur ke Stesen LRT Putra Heights. Laluan ini mempunyai 29 stesen dan meliputi jarak 43 kilometer. Laluan ini melalui beberapa lokasi penting seperti Bandaraya, Plaza Rakyat, dan Pudu.

Laluan LRT Kelana Jaya dibuka pada 1 September 1998, Laluan LRT Kelana Jaya ialah laluan LRT kedua di Kuala Lumpur dan ia adalah laluan LRT pertama di Malaysia yang menggunakan teknologi tanpa pemandu. Laluan ini bermula dari Stesen LRT Gombak dan berakhir di Stesen LRT Putra Heights. Ia memiliki 37 stesen dan meliputi jarak 46.4 kilometer. Laluan ini melalui beberapa lokasi utama di Kuala Lumpur, termasuk KLCC, KL Sentral, dan Pasar Seni.

No comments:

Post a Comment