Monday, 19 October 2026

MASAK GULAI KULIT RAMBAI

 
Masak gulai kulit rambai. Kulit buah rambai lembut dan teksturnya tidak kasar seperti buah dokong.

Sebab itu, kulit buah rambai sesuai untuk dijadikan beberapa jenis masakan. Ia dijadikan hidangan masakan masyarakat trdisional orang Melayu.

Jenis masakan yang sesuai ialah masak lemak dan resipi lain mengikut kreativiti dan cita rasa masing-masing.

Anggap sahaja kulit rambai itu macam sayur kubis atau sawi. Jadi, bolehlah hendak masak macam mana mengikut kesesuaian.

Kulit buah rambai mempunyai rasa yang agak masam. Jadi, langkah penting sebelum dimasak, untuk mengurangkan rasa masam, kulit rambai perlu dicelur atau direbus kira-kira seminit (setelah air panas).

Bolah tambah sedikit garam untuk kurangkan kesan masam. Selepas itu toskan atau dibuang air rebusan tersebut.  

Tindakan seterusnya adalah sesuai dengan resipi yang ingin dibuat.

No comments:

Post a Comment