Sunday, 4 February 2018

TUKAR PASANGAN

Amalan bertukar pasangan atau swinging telah lama diamalkan di negara Barat.  Mereka telah rosak peradaban hidup dan perangai macam haiwan. Bagi pasangan berkenaan itulah tanda pengorbanan dan kesetiaan.

Amalan itu dilakukan dengan kerelaan dan pengetahuan pasangan masing-masing. Maka itu tidak timbul soal curang atau makan luar.  Malah itulah dikaitkan dengan pengorbanan cara Barat.

Apa diamalkan itu tidak ubah cara hidup haiwan yang bebas bertukar pasangan. Bahkan perbuatan bertukar pasangan itu lebih buruk daripada apa dilakukan haiwan.

Ada spesis haiwan yang tidak membenarkan pasangan diganggu atau dijadikan habuan seks jantan lain. Haiwan sanggup mempertahankan haknya sehingga berlaku pertarungan maut.

Paling tidakpun, tidak ada haiwan yang menawarkan pasangannya kepada haiwan jantan lain.  Namun, manusia yang diberikan akal bertindak sebaliknya.  Mereka berbangga menawarkan isteri untuk main dengan lelaki lain asalkan dia pula dapat isteri lelaki berkenaan.

Memang sudah rosak fikirankan manusia. Mereka mencipta amalan yang berlawanan dengan tabie manusia berfikiran waras.  Mereka telah rosak otak oleh virus kesyaitanan.

Biasa kita cakap, itu di negara Barat.  Persoalannya, apa yang berlaku di Barat itu kini telah menular di Malaysia.  Kehidupan swinging di Malaysia semakin berkembang.  Tidak sukar untuk mencari kelab bertukar pasangan atau swinger club. 

Kelab bertukar pasangan disertai pasangan yang sememangnya telah lama melakukan seks bebas sebelum kahwin.  Ada juga yang membawa amalan itu setelah pulang dari luar negara. Namun ada juga yang terpengaruh ajakan kawan untuk mencuba.

Pergerakan kelab bertukar pasangan sukar dikesan.  Sebabnya kalau dilihat secara luaran, pergaulan antara pasangan ini tiada keganjilan pun. Contoh pasangan A berkunjung dan menginap di rumah pasangan B.

Dari luar orang mungkin menganggap kehadiran pasangan lain sebagai satu ziarah atau sanak saudara.  Sebenarnya, siapa sangka di dalam bilik, rupanya si isteri A tidur dengan si suami B, dan sebaliknya?

Gila... memang gila.  Manusia memang sudah gila dalam soal seks.  Seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira agama perlu menyekat amalan songsang ini.  Tidak ada agama dan budaya yang membenarkan atau menganggap amalan bertukar pasangan ini satu perkara baik. 

No comments:

Post a Comment