Program apa-apa sekalipun kena tepati masa. Kalau kata program pukul 8.30 pagi, mulalah pukul 8.30 pagi, bukannya pukul 10.00 pagi. Jangan biarkan mereka yang terlibat ternanti-nanti program akan bermula.
Hormatilah tetamu atau peserta. Mereka
telah memberi kesanggupan dan kesungguhan untuk menjayakan program yang
diadakan.
Ada yang tidak lena tidur kerana terlalu teruja hendak hadir di
program dan menjayakan. Tidak dapat tidur lena disebabkan tidak mahu terlajak
tidur.
Hendak bersiap awal dan bertolak awal agar sampai tepat pada masa yang
ditetapkan penganjur.
Bayangkan jika mereka sudah sampai di
tempat program pada pukul 8.30 pagi atau lebih awal, sedangkan majlis hanya
bermula pada pukul 10.00 pagi. Tentu sekali kecewa dan berasa seperti ditipu
oleh penganjur.
Tepati masa agar semua berasa dihormati dan
dihargai.
No comments:
Post a Comment